Wednesday, March 23, 2011
Kecaman Tayangan video lucah " Tanyangan Meletup"
Angkatan Muda KEADILAN Balik Pulau (AMKBP), Wanita Keadilan Balik Pulau dan Cabang Balik Pulau pada hari ini terpanggil untuk menyatakan kekesalan diatas “Tayangan Melutup” Video lucah yang dikatakan membabitkan pimpinan utama pakatan rakyat oleh seorang yang dikenali sebagai Datuk T, yang menayangkan video lucah kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara, Ibu kota pada 21March2011.
Datuk T, berkata melalui kiriman email kepada media, beliau hanya mahu menyerahkan video tersebut untuk dianalisa oleh “Suruhanjaya Awam” yang diangotai oleh pengamal media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Persoalannya sekarang adakah Malaysia ini tidak mempunyai undang-undang? Dimanakah kedaulatan undang-undang? Jika Datuk T, mahukan keadilan berasaskan proses perundangan, beliau sepatutnya menyerahkan pita rakaman tersebut kepada pihak berkuasa untuk disiasat kesahihan pita tersebut, kenapa beliau memilih “Suruhanjaya awam” dan atas kapasiti apakah suruhanjaya itu boleh ditubuhkan?
Angkatan Muda Keadilan Balik Pulau (AMKBP) mendesak agar pihak polis segera menahan dan mengambil tindakan keras kepada Datuk T kerana terlibat menayangkan video lucah yang dikatakan kononnya pimpinan utama pakatan rakyat mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali adalah jelas menyalahi undang-undang.
Akhir sekali, Angkatan Muda KEADILAN Balik Pulau (AMKBP) menyeru agar pihak PDRM bersikap profesional dalam menjalankan tugas mereka. Rakyat sedang memerhati setiap tindakan dan gerak langkah yang diambil oleh anda. Jangan jadikan alasan mengikut arahan dan menurut undang-undang sebagai lesen untuk bersikap berat sebelah .
Sekian, terima kasih.
MOHD FAIZAL BIN AB RAHMAN
Ketua Angkatan Muda Balik Pulau,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
(AMKPP)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment