Saturday, March 19, 2011
AMKPP Kecam Penahanan Ketua AMKPP
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) pada hari ini terpanggil untuk menyatakan kekesalan diatas penahanan 2 orang individu selepas dari program demo DNA berhampiran tol Jawi. Mereka yang ditahan ialah Sdr Amir Ghazali Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dan Haji Mohd Kamil Tim Ketua Cabang Keadilan Nibong Tebal. Kononya penahanan mereka adalah bertujuan untuk mendapatkan kenyataan berkaitan demo berkenaan. Penahanan mereka berdua selepas sessi demo berkenaan menampakkan dwi-standard yang diamalkan oleh pihak PDRM. Walaupun mereka bersetuju untuk bersurai selepas ucapan ringkas, mereka masih diminta untuk ke balai untuk memberikan keterangan selama lebih dari 4 jam.
Secara jelas dapat kita lihat perhimpunan yang didalangi oleh UMNO dan konco-konco mereka tidak diganggu dan mereka dengan bebas berhimpun serta mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi, ugutan dan perkataan yang bersifat perkauman yang jelas. Jelas sekali himpunan yang dianjurkan tiada sebarang permit dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Atas apa jua alasan yang diberikan oleh pihak PDRM untuk menahan 2 individu terbabit, tindakan yang sama harus dikenakan kepada pihak yang turut mengadakan himpunan tanpa permit.
Seandainya kawalan keselamatan dapat disediakan untuk himpunan juak-juak UMNO dan BN, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mendesak agar tiada tindakan berpilih diambil oleh pihak PDRM. Kawalan yang serupa harus diberikan untuk memastikan himpunan aman rakyat Malaysia dapat diadakan tanpa sebarang gangguan.
Akhir sekali, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar pihak PDRM bersikap profesional dalam menjalankan tugas mereka. Rakyat sedang memerhati setiap tindakan dan gerak langkah yang diambil oleh anda. Jangan jadikan alasan mengikut arahan dan menurut undang-undang sebagai lesen untuk bersikap berat sebelah .
Sekian, terima kasih.
AHMAD AZRIZAL TAHIR
Timbalan Ketua,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
(AMKPP)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment