DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

Saturday, January 29, 2011

Najib Patut Fokus Perbetulkan Ekonomi, Bukan Salahguna Kuasa Diplomatik Untuk Risik Pimpinan Pakatan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat sangat mual dengan tingkahlaku Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dilaporkan menekan Kerajaan Saudi untuk menyiasat tuduhan beliau bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibiayai tokoh-tokoh Saudi, sedangkan sehingga sekarang Perdana Menteri masih membisu apabila berdepan dengan desakan pelbagai pihak supaya siasatan lanjut dibuat mengenai aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion antara tahun 2000 dan 2008 seperti dilaporkan GFI (Global Financial Integrity) baru-baru ini.

Walaupun tindakan Perdana Menteri yang menyalahgunakan saluran diplomatik untuk kepentingan peribadi itu mengejutkan rakyat, keengganan beliau menyiasat aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion itu saya kira lebih mencemaskan.

Umno/BN semakin taksub dengan jalan memfitnah dan menekan lawan sebagai satu-satunya cara berdepan dengan cabaran politik dari Pakatan Rakyat. Apabila dijemput berdebat mengenai Buku Jingga, Perdana Menteri menghamburkan serangan peribadi. Di kala kebimbangan rakyat mengenai kemampuannya menghidupkan semula pelaburan swasta dan mencegah aliran wang haram sebanyak RM98 billion setahun memuncak, Perdana Menteri nampaknya lebih sibuk menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Ketua Pembangkang.

Laporan GFI sememangnya perlu diberi perhatian berat kerana kaedah dan data yang digunakan adalah benar dan diterimapakai di seluruh dunia. Kaedahnya adalah berdasarkan model Bank Dunia yang merujuk kepada perubahan di dalam hutang luar negara (melalui data Imbangan Pembayaran negara) untuk menentukan ketirisan wang dan modal yang tidak dilaporkan mengikut undang-undang. Ketirisan wang dan modal ini disembunyikan dari pihak berkuasa kerana ia selalunya bersabit sumber rasuah, kecurian dan pengelakan cukai. Model ini diterimapakai di seluruh dunia, maka kenyataan seorang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa yang mempersoalkan kesahihan model ini menunjukkan kedangkalan beliau sendiri. Datanya pula adalah data rasmi yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa.

Oleh sebab itu, sepatutnya seorang Menteri Kewangan tidak akan tidur malam dengan pendedahan GFI itu, apatah lagi apabila statistik rasmi Bank Negara Malaysia sendiri menunjukkan angka negatif besar “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam Imbangan Pembayaran negara yang telah berlanjutan sejak tahun 2005.

Statistik “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam Imbangan Pembayaran negara merujuk kepada angka pengimbang bagi mengambil kira anggaran statistik dan laporan aliran wang keluar masuk yang tidak dilaporkan sepenuhnya kepada Bank Negara Malaysia. Maka, angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” bermaksud sama ada aliran wang tunai keluar yang dilaporkan adalah lebih rendah dari aliran wang tunai keluar yang sebenarnya berlaku; atau aliran wang tunai masuk adalah lebih tinggi dari yang sebenarnya masuk (atau gabungan kedua-duanya).

Sejak 2005, Malaysia telah mencatatkan angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” yang besar di dalam Imbangan Pembayarannya seperti berikut:

Tahun Angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam RM billion
2005 27.8
2006 27.4
2007 17.8
2008 29.9
2009 17.9
Sumber: Bank Negara Malaysia, November 2010

Jumlah keseluruhan kemungkinan aliran wang tunai keluar negara yang dilaporkan adalah lebih rendah dari yang sebenarnya berlaku bagi tahun 2005 hingga 2009 adalan RM120.8 billion seperti yang diakui oleh Bank Negara Malaysia sendiri. Statistik rasmi dari Kerajaan Malaysia ini selari dengan pendedahan laporan GFI mengenai jumlah aliran keluar wang haram yang mencecah puluhan billion ringgit setiap tahun.

Justeru, adalah lebih baik sekiranya Perdana Menteri menumpukan tenaganya memperbetulkan ekonomi negara dengan berbelanja secara berhemah dan bertindak segera ke atas pendedahan yang dibuat di dalam laporan GFI. Usahlah beliau menghabiskan wang negara mengunjungi negara-negara asing dan menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Pakatan Rakyat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Akhirnya, fitnah Umno/BN bahawa Pakatan Rakyat menggunakan saluran antarabangsa demi kepentingan politik tidak ubah seperti meludah ke langit terkena muka sendiri; apabila Presiden Umno/BN sendiri yang sibuk memohon simpati dan bantuan antarabangsa untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
28 JANUARI 2011

Akankah Tunisia Menjadi Keping Domino yang Pertama?




Oleh Anwar Ibrahim

Awal bulan ini, warga Tunisia telah berjaya menyingkirkan presiden mereka menerusi satu revolusi popular yang pertama dalam sejarah moden negara-negara Arab. Kepantasan revolusi ini merebak semestinya memberikan isyarat jelas kepada negara-negara Muslim lain yang masih lagi tegar mempertahankan kerajaan otokratik dan diktator.

Jangka hayat panjang rejim sebegini dijamin menerusi keupayaannya dalam menekan suara-suara bantahan dengan jentera-jentera kerajaan yang dikawal, terutamanya institusi ketenteraan. Apa yang berlaku di Tunisia menzahirkan bahawa bila mana salah satu jentera kerajaan tidak berfungsi – seperti yang berlaku kepada pihak tentera ketika mereka gagal bergerak secara efektif – jentera-jentera lain seperti media dan kehakiman akan turut gagal berfungsi.

Apakah ini merupakan detik seperti runtuhnya Tembok Berlin bagi warga Timur Tengah? Apakah negara-negara Arab lain yang mengguna pakai modus operandi yang sama dalam amalan penindasan politik bakal ditumbangkan juga?

Pada tahun 2005, dalam satu ucapan di Forum Dunia Amerika Syarikat (AS) – Islam di Doha, saya mengungkapkan bahawa pendemokrasian bakal muncul di Timur Tengah jauh lebih awal dari yang diramalkan, dan saya mengkritik dasar luar AS dengan menyifatkannya sebagai “dasar talam dua muka.” Ketika pentadbiran Bush mendukung kebebasan dalam melancarkan perang melawan keganasan, AS tetap teguh bersekutu dengan negara-negara yang secara terang-terangan mengamalkan dasar penindasan untuk mengekang masyarakat awam dan menggagalkan demokrasi.

Di bawah pentadbiran Obama, dasar talam dua muka ini masih lagi wujud. Walaupun dalam ucapan bersejarahnya di Kaherah di mana beliau secara khusus memuji wakil kerajaan, pentadbiran Rumah Putih masih terus bekerjasama dengan pelbagai otokrat dari Timur Tengah. Dari perspektif para demokrat di rantau itu, dasar talam dua muka AS ini adalah disebabkan pendemokrasian akan mengakibatkan wujudnya kerajaan yang kurang cenderung menyokong agenda dan tuntutan AS terutamanya pentadbiran yang disifatkan Islamik oleh AS.

Merujuk kepada Tunisia, adalah mustahil Zine el Abidine Ben Ali mampu kekal menerajui negara selama 25 tahun tanpa dukungan dari Amerika. Kenyataan bahawa rejim kleptokratik pimpinan beliau akhirnya tumbang merupakan peringatan keras bahawa sesebuah kerajaan yang ditegakkan melalui penindasan ke atas rakyat takkan bertahan lama. Kita telah menyaksikannya di Iran pada tahun 1979 menerusi kejatuhan dramatik Shah, dan juga pada tahun 1998 ketika rakyat Indonesia mengecap nikmat demokrasi secara aman setelah hampir tiga dekad ditadbir di bawah kepimpinan tentera.

Masalah yang menghantui dunia Arab tetap mengejutkan: monopoli kekayaan dan kuasa oleh segelintir elit politik, kemerosotan infrastruktur, sistem pendidikan yang jumud, kepincangan dalam perkhidmatan kesihatan serta bebanan pendapatan dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kos hidup. Rasuah dan nepotisme menjadi raja di sebalik tiadanya kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Sememangnya semua ciri tersebut merupakan acuan terbaik sebuah pergolakan politik: peminggiran politik dan ekonomi ke atas rakyat serta perompakan kekayaan negara oleh elit pemerintah. Ianya merupakan satu realiti yang tidak dapat disucikan oleh propaganda – kerana rakyat boleh menyaksikannya di YouTube dan Facebook – walaupun dicuba dengan pelbagai kaedah oleh pemerintah. Pastinya, tiada seorang pun pemimpin Arab yang akan mengakui kebejatan ini, sebaliknya akan menzahirkan kewarakan dan menabur janji untuk terus memperbaiki tahap ekonomi rakyat.

Adalah sesuatu yang bodoh bagi kerajaan di rantau itu sekiranya menganggap bahawa apa yang berlaku di Tunisia ini sebagai kes terpencil. Permasalahan ekonomi dan politik yang mencetuskan revolusi merupakan sesuatu yang luar biasa terhadap negara tersebut. Seseorang hanya perlu berjalan di sepanjang kaki lima di Kaherah dan Karachi, atau merayau-rayau di pekan-pekan terpencil di Algeria dan Afghanistan untuk melihat bagaimana sengsaranya kemiskinan dan penindasan sehingga mampu memusnahkan martabat diri seseorang.

Pemerintah otokratik yang telah terbiasa dengan kedaulatan mutlak barangkali akan mengubah fikiran mereka. Kebangkitan di Tunisia didorong oleh hasrat untuk mencapai kebebasan dan keadilan, dan bukan kerana ideologi tertentu. Faktor keganasan Islam, yang sering dijadikan kambing hitam oleh para diktator di Timur Tengah untuk menghalalkan kezaliman mereka, perlu dipertimbangkan semula atau dibakulsampahkan terus. AS juga harus mengambil pengajaran tentang mitos bahawa diktator yang sekular merupakan taruhan terbaik dalam melawan golongan Islamis. Revolusi, sama ada yang bersifat sekular atau keagamaan lahir dari keinginan sejagat untuk memartabatkan hak. Persamaan di antara revolusi di Iran dan pergolakan di Tunisia adalah kebangkitan rakyat yang telah sekian lama menderita di bawah pemerintahan yang menindas.

Apakah revolusi di Tunisia ini mampu menjana kebangkitan warga Arab dan mengubahnya kepada pembebasan Timur Tengah? Tatkala Tunisia bergerak ke dalam kelompok negara-negara Timur Tengah yang memartabatkan demokrasi seiring dengan negara seperti Turki, namun untuk kebanyakan negara Islam lain, demokrasi masih lagi merupakan sesuatu yang sukar dikecap. Pakatan pembangkang di negara-negara seperti Mesir kini sudah menemui harapan baru menerusi perkembangan yang berlaku di Tunisia. Bantahan-bantahan di Kaherah dan di wilayah-wilayah sekitarnya telah mengubah tanggapan yang selama ini menganggap bahawa bangsa Arab dan umat Islam bersifat pasif dalam politik dan senantiasa cenderung terhadap otoritarianisme. Namun, apakah mereka akan diberi peluang yang adil? Rakyat Palestin pernah memilih pemimpin mereka menerusi pilihan raya namun kuasa Barat telah campurtangan dan mengubah peraturan pilihan raya tersebut.

Kenyataan asasnya adalah jelas iaitu AS mesti menghentikan sokongan terhadap pemimpin-pemimpin diktator dan kuku besi sama ada di Timur Tengah, Pakistan atau di Asia Tenggara. Apa yang berlaku di Tunisia sewajarnya diamati sebagai fajar baru bagi demokrasi di dunia Arab dan Islam.



*Diterjemahkan oleh Najwan Halimi dari artikel berjudul “Will Tunisia Be the First Domino?” tulisan Anwar Ibrahim yang diterbitkan di laman The Wall Street Journal pada 26 Januari 2011*

Thursday, January 27, 2011

Umno abusing religion for political goals by YB Tony Pua

MCA has chosen to abet Umno in the process to ensure its own political survival by protecting Umno and attacking PAS for supposed extremism.

MCA is hypocritical in its attacks against PAS, when it is Umno which poses the greatest threat to religious freedom and individual liberties in Malaysia.

MCA president Dr Chua Soi Lek and other MCA leaders have gone on a rampage against PAS, arguing that a vote for PAS will mean the end to religious freedom for the non-Muslim community and individual liberties in the country.

Chua has gone to the extent of arguing that while

"Umno is not perfect, it has corruption", it is still a better choice than PAS for the latter's religious principles.

The MCA president's statement is only half-correct for not only is Umno corrupt, it abuses Islam as a political tool to promote extremism, ultra-conservatism to spread fear among Malays against non-Malays and non-Muslims.

Chua has intentionally chosen to turn a blind eye on the fact that Umno's attempts to curtail non-Muslim rights far exceed anything PAS has to offer.

Over the past two years, we saw how Umno attempted to monopolise the use of "Allah" for Muslims only and prevent Malay-speaking Christians and Sikhs from using the term for their religious prayers.

The Umno-led BN government, of which MCA is an integral part of, has chosen to fight the Catholic Church in court to restrict the freedom of the latter's community.

This is despite the fact that the term "Allah" is used by even Christian Arabs and Jews in the Middle East for centuries, commonly regarded as the home of Islam.

Conversion issue

Umno leaders have also sensationalised DAP MP Teo Nie Ching's attempts to foster greater ties with the Muslim community by visiting mosques and taking part in their community activities.

Home Minister Hishammuddin Hussein even condemned Teo for having desecrated the mosques and insulted the religion as she was "unclean".

Umno's intentional procrastination over the issue of conversion to Islam by a spouse in a civil marriage has resulted in scores of broken families and untold suffering.

Non-Muslims like Tan Cheow Hong, Indira Gandhi, Nedunchelian, Shamala and Genga Devi were told by the BN government that they must go to the Syariah Court in order to exercise their constitutional rights to raise their children in their own religion.

Umno leaders have also promoted extremism by supporting activities promoting hatred among the various races and religions, such as the "cow-head protests" against the construction of a Hindu temple in a Muslim-majority residential area.

They have also used Islam at their convenience to protest against welfare policies of the Penang state government, arguing outrageously that the RM100 appreciation for the elderly is "not halal".

In all of the above events and more, MCA has demonstrated its hypocrisy by doing absolutely nothing and remaining absolutely silent like a mouse, despite being a partner of Umno in BN.

In contrast, it has been PAS which was highly vocal in fighting Umno extremism and defending the rights of non-Muslims in Malaysia.

PAS president Hadi Awang has openly defended non-Muslims' use of Allah in Parliament arguing that even the Quran permits and cited such usage.

Voters must decide wisely

It was Tok Guru Nik Aziz who comforted and defended Teo and encouraged her to continue visiting mosques and building bridges between the various communities, arguing that even Prophet Mohamed received non-Muslim visitors in the mosques.

It was PAS MP for Shah Alam, Khalid Samad who stood his ground against the Umno orchestrated onslaught to defend the rights of the Hindus in his community to build their place of worship.

It is clear as day that

PAS has chosen the path of moderation while Umno has chosen to abuse religion to achieve its political goals at all costs.

Worse, MCA has chosen to abet Umno in the process to ensure its own political survival by protecting Umno and attacking PAS for supposed extremism.

The rakyat in Tenang needs to make a choice between PAS, a party which has proven its moderation in its words and deeds in defending non-Muslims in the interest of justice and equity, or Umno which will stop at nothing, including manipulating the people's religious sensitivities, promoting extremism and dividing the nation according to racial and religious lines, to hang on to political power.

Tony Pua is DAP's information chief and the MP for Petaling Jaya Utara



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fw: Jom berdebat atau Datuk diisytihar pengecut

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: Pembuka Minda <pembukaminda@gmail.com>
Date: Thu, 27 Jan 2011 21:14:58 +0400
To: <pembukaminda@gmail.com>
Subject: Jom berdebat atau Datuk diisytihar pengecut

 Membuka minda mu agar terbukalah pintu hati mu
 Opens up your mind so it may open up your heart
 
Siapa sebenarnya Perdana Menteri Malaysia ? Imelda Marcos pun tak se teruk ini !
 
 
 
Jom berdebat atau Datuk diisytihar pengecut

Azmi Yusof dan Saidah Hairan   

 

LABIS, 27 Jan: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan diisytiharkan pengecut dan bacul jika enggan menyahut cabaran Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman untuk berdebat bagi menyelesaikan 20 perkara  isu mengenai Felda.

Mazlan berkata, Anak memberi tempoh sehingga 28 Januari (esok) untuk berdebat dan Ahmad Maslan berhak untuk menentukan tempat yang sesuai berdebat tetapi dalam Dun Tenang.

"Ahmad Maslan jangan cari alasan, jom kita berdebat atau Datuk bakal diisytiharkan pengecut. Malu dan terhina warga Felda mempunyai pemimpin bertaraf menteri yang bacul," katanya pada sidang media di Markas Operasi PAS PRK Dun Tenang di sini, pagi ini.

Beliau berkata, sudah dua kali Ahmad menolak tawaran berdebat secara terbuka pada 7 Julai 2010 dan diajak berdialog secara tertutup.

Kali kedua, katanya pada 25 Januari Naib Presiden Anak, Samsul Bakri serta Setiausaha, Zabidie Abas telah menyerahkan surat debat di Pejabat Felda Wilayah Segamat.

Dalam sidang media itu beliau turut mendesak Ahmad mendedahkan faedah persaraan Tan Sri Yusof Nor selaku bekas Pengerusi Felda dan juga Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dikatakan mendapat bayaran RM100,000 sebulan.

"Ini wang rakyat jadi kita minta Ahmad Maslan perlu perjelaskan dan bertanggungjawab," tegasnya.

Mazlan berkata, rakyat khususnya warga Felda menuntut penjelasan terbuka terhadap 25 isu-isu berbangkit antaranya, benarkah dakwaan mengatakan pemilihan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru atas kehendak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, katanya warga Felda mahu penjelasan mengapa kos tanam semula peneroka begitu tinggi hingga ada yang mencecah hampir RM100 ribu, mengapa kos tanam semula masih dikekalkan kadar faedah 6.25%, kadar yang sangat tinggi dan tidak pernah berubah dari dahulu.

"Mengapa tidak diserahkan wang tanam semula berjumlah RM17,000 caruman peneroka selama 20 tahun, mengapa pelbagai syarat dikenakan terhadap tuntutan wang tanam semula?" soalnya lagi.

Katanya, peneroka Felda juga mempersoalkan mengapa Felda Plantation tidak boleh dimansuhkan walhal ianya boleh memberi manfaat kepada 79,000 generasi kedua Felda, berapa untung sebenar Felda Plantation yang kononnya diguna untuk membayar gaji 25,000 kakitangan Kumpulan Felda dan 45,000 pekerjanya.

Tambah beliau, benarkan terdapat 43 anak syarikat Felda sedang bermasalah serta projek perumahan generasi kedua Felda Air Hitam, Kluang yang dijanjikan lebih lima tahun tidak terlaksana.

Wednesday, January 26, 2011

Kenyataan Media : Pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

KESILAPAN BN DALAM MELEBARKAN AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN KEPADA INTERNET

Cadangan Kerajaan Barisan Nasional untuk melebarkan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi merangkumi media Internet membuktikan mereka tidak mempunyai komitmen serius terhadap perubahan dan hak asasi manusia.

Sehingga hari ini, ruang Internet adalah lebih terbuka berbanding media arus perdana memandangkan komitmen Kerajaan terhadap Jaminan (Bill of Guarantees) Koridor Raya Multimedia (MSC). Pun begitu, pelbagai jenis tekanan telah dikenakan di Internet termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today pada 2008.

Kerajaan sudah beberapa kali menggambarkan hasrat untuk menyekat Internet, terutamanya selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008. Contohnya pada tahun 2009, Datuk Seri Utama Rais Yatim mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian 'Green Dam' di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat.

Pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia. Di sebalik manipulasi dan kempen Kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat.

Sebaliknya, Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga telah memberikan komitmen untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, memperkenalkan Akta Kebebasan Media dan memelihara kebebasan Internet sekiranya kami dipilih menjadi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya akan datang. Tidak seperti BN, Pakatan mengiktiraf perlunya membuka ruang media yang sempit di bagi memastikan demokrasi yang segar dan kemakmuran negara. Justeru, kami kecewa dengan sikap BN yang mengambil pendekatan bertentangan dengan mencadangkan untuk melebarkan akta tersebut kepada Internet. Lebih ironis lagi, pengumuman tersebut dibuat sehari sebelum kerajaan diktator di Mesir menyekat akses rakyat mereka kepada Twitter.

Kerajaan menghantar mesej yang salah kepada pelabur-pelabur luar, yang yang sebelum ini tertarik dengan Jaminan MSC. Tanpa ketelusan dan kebertanggungjawaban yang wujud menerusi Internet dan media yang bebas, semua rancangan perubahan – termasuk "NEM", "ETP" mahupun "GTP" yang diwarwarkan selama ini – akan menjadi sia-sia. Keyakinan terhadap Malaysia, yang sudahpun berada pada tahap yang paling rendah, tidak akan pulih jika Kerajaan terus menerus menyekat dan menghukum sesiapa yang memberikan kritikan yang jujur, tepat dan membina. Kestabilan dan keselamatan negara kita bergantung kepada wacana awam yang lebih terbuka.

KEADILAN menggesa BN membatalkan rancangan ini dan sebaliknya meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi membuktikan mereka benar-benar mahukan perubahan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
PartiKeadilan Rakyat


BN GOVERNMENT WRONG TO EXTEND PRINTING PRESSES AND PUBLICATIONS ACT (PPPA) TO THE INTERNET

The Barisan Nasional Government's proposal to extend the scope of the Printing Presses and Publications Act 1984 (PPPA) to include the Internet media shows that its commitment to reform and civil liberty is merely superficial.

To this date, the Internet has been relatively free compared to the mainstream media because of the commitment given by the Government in the Multimedia Super Corridor (MSC) Bill of Guarantees. Despite this, the Internet has still been subject to various forms of intimidation including the arrest of bloggers, the police raid on Malaysiakini in 2003 and the closing down of Malaysia Today in 2008.

The Government has repeatedly shown signs that they want to go further in curbing the Internet, particularly after the strong gains by Pakatan Rakyat in the 2008 General Elections. In 2009 for instance, Datuk Seri Utama Rais Yatim announced plans for an Internet filter, similar to China's notorious 'Green Dam' software but was forced to backtrack after strong opposition from the public.

The latest announcement is a sign that Datuk Seri Najib Tun Razak's Government is not giving up in its plans to stifle civil liberty and political freedom in Malaysia. In spite of the concentrated spin and public relations campaigns, this latest outrage clearly shows that BN is still stuck in the old politics of command and control.

In contrast, Pakatan Rakyat's Orange Book has pledged to amend the PPPA, introduce a Freedom of Information Act and preserve Internet freedom should we be elected to the Federal Government in the coming elections. Pakatan, unlike BN, recognises the need to open up Malaysia's restrictive media to ensure a vibrant democracy and our continued prosperity. It is highly disheartening, therefore that the BN is pointing to the opposite direction by proposing to extend the PPPA to the Internet. It is also extremely ironic that this announcement came just a day before Egypt's authoritarian regime blocked their citizen's access to Twitter.

The Government is sending a dead-wrong signal to foreign investors, many of whom had been wooed previously by the MSC Bill of Guarantees. Without the transparency and accountability that the Internet and a freer press engenders, all plans for reform—whether the so-called "NEM", "ETP" or "GTP"—will remain futile. Confidence in Malaysia, already at an all-time low, will not increase if its Government seems bent on silencing or punishing those offering honest, timely and constructive criticisms. The stability and security of our country depends on greater openness in the public discourse.

KEADILAN calls for BN to scrap this misguided plan and work towards amending the PPPA instead to show they are truly serious for change.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Communications Director
PartiKeadilan Rakyat


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 25, 2011

Will Tunisia Be The First Domino by Anwar Ibrahim

In Egypt, too, protestors are laying waste to the mistaken notion that Arabs and Muslims are politically passive.
By ANWAR IBRAHIM

Tunisians earlier this month forced their president out of office, marking the first popular revolution in an Arab country in modern history. The swiftness with which it came about should send a clear message to other autocracies and dictatorships in the Muslim world.

The longevity of such regimes comes from their ability to suppress dissent with state-controlled organs, particularly the military. What Tunisia's example demonstrates is that when one of these organs malfunctions—as the security forces did when they failed to mobilize effectively—others, like the media and the judiciary, can fall rapidly as well.

Could this be a Berlin Wall moment for the Middle East? Will other Arab states that employ the same modus operandi of political oppression also fall?

In a 2005 address at the U.S.- Islamic World Forum in Doha, I argued that democratization would come to the Middle East sooner than most projected, and I criticized what I consider to be the U.S.'s "policy of selective ambivalence." While the Bush administration extolled the virtue of freedom in waging its war on terror, the U.S. remained closely allied with various countries that use blatantly repressive policies to stamp out civil society and subvert democracy.

This ambivalence has not dissipated under the Obama administration. Despite Mr. Obama's historic speech in Cairo, where he specifically extolled representative government, this White House continues to work closely with a range of Middle Eastern autocrats. From the perspective of democrats in the region, this is because democratization will likely yield governments that tend to be less responsive to U.S. demands—particularly those governments regarded as Islamist.

Consider Tunisia. Zine El Abidine Ben Ali would not have remained in power for 25 years had it not been for American support. The fact that this kleptocratic regime finally fell is a stark reminder that government built on the suppression of its citizens is temporary. We saw this in Iran in 1979 with the dramatic downfall of the Shah, and also in 1998 when Indonesians peacefully transitioned to democracy after three decades of military rule.

The problems that plague the Arab world remain overwhelming: the concentration of wealth and power by the few over the many, poor infrastructure, primitive education systems, minimal health care, and decreasing incomes in the face of rising food prices and cost of living. Corruption and nepotism reign in the complete absence of accountability and transparency.

It is a perfect recipe for political upheaval: political marginalization and economic impoverishment for the people and ill-gotten wealth for the ruling elite. It's a reality that can't be cloaked by propaganda—citizens can see the reality on YouTube and Facebook—though the leaders certainly try. Indeed, no Arab leader has owned up to any of these evils, other than by offering pious platitudes about improving the economic lot of their people.

It would be foolhardy for governments in the region to regard Tunisia as an isolated case. The economic and political grievances that spawned the revolution are not unique to that country. One need only walk the streets of Cairo and Karachi, or roam the back lands in Algeria and Afghanistan, to see how grinding poverty and oppression can crush a person's dignity.

Autocratic rulers accustomed to permanent sovereignty might consider changing their mindset. The Tunisian uprising was driven by a desire for freedom and justice, not by any particular ideology. The bogeyman of Islamism, the oft-cited scapegoat of Middle Eastern dictators to justify their tyranny, must therefore be reconsidered or junked altogether. The U.S., too, should learn a lesson about the myth that secular tyrants and dictators are its best bet against Islamists. Revolutions, be they secular or religious, are born of a universal desire for autonomy. The common thread that binds the Iranian revolution and the Tunisian upheaval is the rising discontent of the people after years of suffering under oppressive rule.

Could Tunisia's revolution turn this winter of Arab discontent into a spring for Middle Eastern freedom? As Tunisia moves into the league of Middle Eastern democracies along with countries such as Turkey, for much of the rest of the Muslim world democracy remains elusive. Opposition groups in countries like Egypt have found a beacon of hope in Tunisians' struggle. Demonstrations in Cairo and throughout the region lay waste to the mistaken notion that Arab and Muslims are politically passive and prone to authoritarianism. But will they be given a fair chance? The Palestinians chose their own leaders through the ballot box, but the West changed the rules of engagement midway through the game.

The fundamental lesson is clear: The U.S. must stop supporting tyrants and autocrats whether in the Middle East, Pakistan or Southeast Asia. Let this be a new dawn for democracy in the Arab and Muslim world.

Mr. Ibrahim, a former deputy prime minister of Malaysia, is a member of parliament for the Justice Party and leader of the opposition.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 21, 2011

Saya Menuju Kematian olih Aqil Fithri

artikel ini terbit di Jalan Telawi.com

Aqil Fithri

Semalam, saya merintis sedikit debat dengan Saifuddin Abdullah. Kebetulan, menerusi status Facebook-nya, Timbalan Menteri IPT ini mengajak agar dibudayakan wacana di kalangan rakyat. Kesempatan molek ini saya pungut, dan memberikan beberapa ulasan. Fokusnya, saya menekankan peri-pentingnya melenturkan wahana (medium) antara kerajaan dengan rakyat.

Tentu–seraya meminjam pendekatan Habermasian–saya cuba mempermudahkan pengertiannya. Hemat saya, sharat pertama bagi sebuah transformasi bukannya menadah kata-kata dari mihrab (suara kerajaan). Sebaleknya, tindakan masharakat untuk terlibat dalam sebarang tema-tema yang bermunculan; iaitu, sebuah proses untuk masharakat “membenarkan,” sekaligus “menidakkan” sebarang keputusan yang dilakukan kerajaan/pembangkang atau sesiapun. Hatta, hasil wacana masharakat ini juga semestinya diangkat dalam merangka hukum-hukum negara.

Untuk lebih tampak, maka saya bentangkan contoh. Saya kemukakan 1Malaysia, yang dikumandangkan sebagai gagasan besar kerajaan; sebuah metanaratif kerajaan. Dalam debat tersebut, saya terang-terang menyatakan bahawa gagasan 1Malaysia ini sebenarnya tidaklah jauh berbeza dengan Nazisme dan Fasisme. Ini lantaran, projek Nazisme dan Fasisme juga pada hakikatnya adalah sebuah contoh program kerajaan untuk rakyat; dari atas ke bawah.

Apa keburukan bentuk program sebegini? Buruknya kerana kerajaan awal-awal sudah menentukan apakah sasaran yang harus dituju oleh seluruh rakyat. Apakah rakyat telah diajak berwacana sebelum diputuskan 1Malaysia? Tidak. Apakah 1Malaysia memberi ruang untuk rakyat Malaysia membantahnya? Tidak. Memang, kita boleh membantah. Tapi, itu dalam media yang terbatas; yang sama sekali tidak di-endah-kan; tatkala, media-media perdana sudah tercemar dengan tangan-tangan kekuasaan.

Inilah masalah 1Malaysia. Dalam bahasa Horkheimer & Adorno, ini dinamakan rasio-instrumental. Sebuah rasio yang akan mendorong “yang lain” menjadi robot (pekakas), iaitu mematuhi saja apa kata mutlak dari kerajaan. 1Malaysia telah diperlihatkan sebagai wahyu, di mana setiap warganegaranya harus taat dalam landasan yang digariskan. Bagi mereka yang menyanggahnya, itu bererti telah menyanggah Kebenaran. Tapi, kemudiannya Saifuddin Abdullah menyinggung; apakah salah ada serba-sedikit dari kerajaan menentukan apa landasan buat rakyat?

Di sini saya jelaskan, itu tidak salah. Namun, dalam sejarah, gagasan yang berangkat dari pendekatan seperti ini takkan bertahan lama. Nasebnya akan menjadi seperti Islam Hadhari, Wawasan 2020, dll. Sebarang pendekatan yang berlagak seperti kalam Tuhan, akhirnya akan memamah dirinya sendiri. Manakala, kekuatan sosok pula sering ditelan masa. Apatah lagi, ternyata BN-Umno tidak pernah punya sosok yang kekal dalam lipatan zaman. Lagi mudah “gagasan dari atas ini” akan surut dengan bergulirnya pemimpin lain.

Di satu sudut, saya mencermati kegigihan kerajaan untuk menancapkan setiap unsur-unsur 1Malaysia ini. Memang, cukup mengerunkan–dengan segala-galanya berubah menjadi 1Malaysia; dari klinik (fizikal) hingga ucapan salam (ruhani). Lebih mengerikan lagi, yang ditancap itu lebih berupa kulit (tanda) berbanding isinya (ruhnya).

Sekarang, kita perhatikan bersemarak penandaan 1Malaysia ini hingga berjejaring ke dalam sel-sel terkecil setiap unit masharakat. Mahu menukar “ruh yang bernyawa” menjadi “tanda yang kaku.” Sampai begitu sekali pengobjektifan yang diprakasai. Pada saya, inilah persis tindakan Hitler dan Mussolini menerusi program nasional mereka; suara dari atas, dan dipaksakan kepada bawah, serta terima saja. Dewasa ini, 1Malaysia pula, yang saya yakin tidak lain dari bayangan sebuah Nazisme dan Fasisme.

Shahdan, catatan saya ini bukanlah mahu membela diri dalam wacana dengan Timbalan Menteri, yang mutakhir ini kononnya berwajah progresif. Saya sudah kongsi kritik, dan kritik ini bukan pula tanpa tawaran. Selain, meminta dibebaskan wahana untuk rakyat bersuara secara setara dan seluasnya; mithalnya, setiap pehak diizinkan mengakses media, atau membina akses medianya sendiri tanpa campur-tangan-gelap kekuasaan. Saya turut meminta agar dipakai rasio-komunikatif sebelum mahu membangun setiap gagasan besar.

Maksudnya, setiap gagasan yang cuba diangkat kerajaan, itu seharusnya bertitik-tolak dari semangat rakyat, dari wacana masharakat, dari arus bawahan, dan bukannya segalanya dari langit-kerajaan yang berdiri seolah sudah serba-tahu segalanya. Sebab, apa yang terlihat, 1Malaysia itu adalah pemaparan sikap kerajaan yang mahaguru segalanya. Ringkasnya, 1Malaysia adalah pemaparan kerajaan–seperti dalam bahasa Arendt–untuk menguasai seluruhnya, untuk memerah masharakat, dan untuk mengatur rakyat sepuas-puasnya.

Demikian hujah-hujah saya, kurang-lebih, begitulah. Walau bagaimanapun, hujungnya, mantan Presiden PBMUM yang menggesa agar dibudaya debat ini, bertindak memadamkan semua ulasan-ulasan saya. Benar, memadamkan, semuanya. Saya kehilangan rekod debat tersebut. Tapi, persoalannya, kenapa dipadamkan? Katanya mewanti-wanti, “anda sudah melampaui batas.” Walhal, saya tidak tahu apakah batas yang telah saya lampaui? Apakah kerana menyamakan 1Malaysia dengan Nazisme dan Fasisme? Kalau betul tebakan itu, maka tuduhan tersebut telahpun saya dukung dengan hujah-hujahnya, dan siap mempertahankannya lagi.

Bahkan, di ranah lain, di Twitter, saya lebih jauh lagi melukiskan betapa bahayanya 1Malaysia ini. Sebab, 1Malaysia di tangan BN-Umno itu tidak lain tidak bukan adalah, “suatu usaha untuk merasionalisasikan kebodohan sebagai panutan resmi fikiran seluruh rakyat.” Dan, ungkapan seradikal ini sekalipun, saya malah siap untuk mempertahankannya.

Anehnya, hal ini tidak berhenti begitu saja. Dalam status-nya yang berikut, mantan pendebat MCCK ini menulis lagi, dan tentunya kali ini dengan nada menyindir. Katanya, “ruang wacana yang diberi bukanlah untuk diguna memperlekehkan orang lain.” Ya, saya tahu, status itu untuk saya. Lalu, cungkil demi cungkil, akhirnya ternyata pimpinan Umno yang disifatkan paling dinamik ini, pun beralasan bahawanya “tidak senang kerana anda tidak memperkenalkan diri terlebih dahulu.”

Waduh-waduh, “wahai timbalan menteri, setelah kita berbahas panjang dan tajam, kenapa alih-alih ini dijadikan alasan?” Nun, ingatkah kita pada kata Imam Ali Abi Thalib, “lihat pada kandungan kata-kata bukan pada siapa yang memperkatakannya?” Sudahnya, saya akhirnya berkesimpulan sendiri; “melayan orang bodoh ibaratnya memperbodohkan diri sendiri, dan bodoh itu tidak kenal batas antara menteri dengan pengemis.”

Kendatipun, saya tidak kecewa. Sama sekali tidak. Sama sekali tidak kerana, setidaknya terbukti bahawa tidak ada sezarah pun harapan dari BN-Umno. Buktinya ini; mereka tidak lagi mahukan nalar dan penalaran. Buat saya, mereka bukanlah pemerintah yang baik. Mereka jahat. Jika kita mengatakan mereka baik, itu bererti kita telah berjaya dikuasai mereka; seolah kita tidak melihat “yang lain,” selain dari “mereka”; seolah kita tidak melihat “kebaikan lain,” selain “kejahatan mereka.”

Sejujurnya, kadang-kala saya meresah sendiri, menanges-tanpa-lagu, sepertinya memukul diri-sendiri, sembari menahan kebejatan dahsyat yang makin merasuk ke dalam jantung negara kita. Aduhai, “negara kita”? Mungkin, sekelumit cinta pada tanahair maseh kekal. Tapi, benci sehabis-habisnya pada politik BN-Umno barangkali tiada sembuhnya. Barangkali, kesakitan menanggung beban ini akan membunuh diri saya sendiri.

Benar, saya akan mati. Saya semakin merasakan betapa dekatnya ratapan kematian ini. Yang membunuh saya; adalah cita-cita perubahan “sistem politik” negara yang tidak kesampaian. Saya melihat banyak kesempatan emas dibazirkan, sekaligus buntunya impian sebuah sistem demokrasi deliberatif. Pada saya, mereka yang berkerja menumbangkan BN-Umno (dan, isme-nya)–tidak kiralah siapa mereka–bersaksilah, bahawa kalian juga sebenarnya sedang merawat serta memperlambatkan kematian saya; sebuah kematian rasa dan perasaan.

Justeru, tolong, tolong selamatkan saya.

Aqil Fithri adalah editor Ummahonline.com, juga zamil Cendikiawan Awam Asia 2009/2010, tajaan Nippon Foundation, Jepun. Ia dapat dihubungi menerusi aqilfithri@gmail.com.

Saya Melayu dari blog Hussein Hamid

The problems we now face does not only concern Perak, Kelantan, Penang and Selangor but the whole country. It does not only concern the Malays, the Chinese, the Indians but everybody who are Malaysians. It is not a concern for today, tomorrow, next week or next year but a concern for not only today but more important, of the future. The errors we make, the foundations we build and all that we do now will be there for posterity – to be judged by those that come after us. If we are not there to hear the verdict, our children will.

While the individual leaders within Pakatan Rakyat have long been in Politics their ability to govern and govern well is yet to be tested. But time favours them.

Time does not favor UMNO. The years of UMNO rule, while all not bad, has brought into question whether more of the same excesses are to prevail in the years to come?

"If Umno fails, the Malays fail and if the Malays fail the nation will also fail, this we cannot avoid (if it happens)," Mahyiddin.

The Malays have not failed UMNO !! Have you not won every General Election since the first one in 1959 – and winning all, bar the 1969 and 2008 elections, with two thirds majority everytime? Enough to do what you want in Parliment? Pass any law? Amend any exisisting one? No effective opposition to question your plundering and pillaging of the Nation's treasures? Is that not enough time to champion the cause of the Malays or were you too busy championing your own self? From the Mata Mata who was robbing the poor taxi drivers of their hard earned daily earnings to our Prime Ministers whose family, relatives, drivers even bodyguards – robbed us blind !!

And now after winning 12 General election like Oliver Twist you say " Please Sir, Can I have some more?" No you will not.
As a Malay I had wanted UMNO to represent the Malay interest. Not UMNO's interest.

As a Malay I see no harm that the Chinese or the Indian can cause me. Do not tell me that the Chinese and Indians can be a danger to me just because they are a danger to UMNO.To UMNO not the Malays!

As a Malay I do not have a quarrel with DAP, Keadilan or PAS. Let them be and not make them my enemy because they are UMNO's enemies.

As a Malay I see the richness that comes with the NEP being claimed by UMNO whereas it rightly belong to all Malays and the people of Malaysia.

The Chinese, Indians and the others are not the nemesis of the Malays. They are citizens of Malaysia as the Malays are citizens of Malaysia.

They never were or will ever be the enemies of the Malays. If the Malays are too polite then they are that because that's the way we are. If the Chinese are good at business – then it is because they have had many years of doing just that. Was it not a Chinese who said "To grow rich is glorious!!" What a wonderful sentiment! If the Indians are having their own problems trying to keep up with the others then maybe they should choose better leaders to lead them.

But these are sweeping statements to illustrate the great divide that could be exploited by mischievous politicians for their own advantage. But it will not happen now because of The Times They are A Changing…

Come senators, congressmen
Please heed the call
Don't stand in the doorway
Don't block up the hall
For he that gets hurt
Will be he who has stalled
There's a battle outside
And it is ragin'.
It'll soon shake your windows
And rattle your walls
For the times they are a-changin'.

Bob Dylan.

Everything that is right and reasonable points to the fact that the Malays in UMNO are men with vested interest and are not to be trusted. We cannot allow men in whom we have no trust to be in power. Let it not be said that the Malays do not have the resolve to effect change.

WE ARE DONE WITH UMNO.

I am truly and conscientiously persuaded that it is in the interest of the Malays and our country for us to do so. For, as Milton said, "never can true reconcilement grow where wounds of deadly hate have pierced so deep."

What will now happen to UMNO?
Ruined…it will be in ruins.

The time for reconciliation between the Malays and UMNO is past.

Hidup Pakatan Rakyat.
Hidup PAS.
Hidup Keadilan.
Hidup DAP.

As UMNO says:" BERSAMA KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH! (UNITED WE STAND, DIVIDED WE FALL!)
MERDEKA

Wednesday, January 19, 2011

Thaipussam Nal Valtukhal

Thaipussam-perayaan Hindu di dalam bulan Thai kalendar Hindu-menjadi perayaan penting buat majoriti masyarakat Hindu di Malaysia. Thaipusam-dengan Thai,nama bulan di dalam kalendar Hindu dan Pusam merujuk kepada bintang tertinggi ketika bulan ini. Thaipusam adalah sebagai tanda di saat Parvati mengurniakan Murugan 'vel' (tombak) bagi menewaskan unsur jahat, Soorapadman.

Soorapadman dalam mitos Hindu merupakan seekor rashaksa, yang memiliki kuasa kehidupan abadi. Dek kerana kuasanya itu,dia membuat onar dengan melakukan kekejaman ke atas manusia lain. Murugan sebagai panglima perang Shiva,menggalas tugas untuk menghapuskan Soorapadman yang durjana. Dengan tombak sakti, Murugan yang mewakili kebaikan telah memusnahkan kejahatan apabila tombak membelah jasad Soorapadman.

Di Pulau Pinang,seperti kebiasaannya, Kuil Nattukottai Chettiar di Jalan Waterfall menjadi tumpuan penganut Hindu untuk meraikan Thaipusam. Warna-warni sambutan ini menambah keunikan ke atas keharmonian masyarakat Pulau Pinang yang plural ini. Atas semangat sambutan Thaipusam, AMK Pulau Pinang mengulang tekad dalam perjuangan anak muda menuntut reformasi dan menegakkan keadilan, menentang segala bentuk kezaliman dan penyelewengan demi anak bangsa Malaysia.

AMK Pulau Pinang mengucapkan Thaipusam Nal Valtukhal kepada seluruh penganut Hindu. Moga Kebaikan akan mengatasi Kejahatan jua!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 13, 2011

SIARAN MEDIA : Wei Aik Minta Maaf Pada Syed Kassali

Wei Aik Minta Maaf Pada Syed Kassali
14 Januari 2011

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) pada hari ini terpanggil untuk membuat sidang media untuk menilai dengan serius akan insiden kekecohan yang berlaku di Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar di Gat Lebuh Macallum tempoh hari.

Atas kesedaran akan peripenting;

Mengekalkan hubungan baik yang telah terjalin lama di antara Kerajaan Negeri dan komuniti India Muslim di negeri ini.

Menjaga baik usaha-usaha murni Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan para peniaga pelbagai kaum di Pulau Pinang.

Meneguhkan semangat setiakawan dengan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, khusus merujuk kepada YB Ng Wei Aik,

Maka bertitik-tolak atas dasar itu, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) malam tadi telah mengadakan pertemuan tertutup dengan YB Ng Wei Aik, dan selepas itu bertemu sendiri dengan pemilik Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar, Sdr. Syed Kassali untuk menawarkan diri sebagai orang tengah atau 'mediator' untuk merungkaikan permasalahan yang kian meruncing ini.
 
Hasil daripada pertemuan tersebut, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP), atas semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat (PAKATAN), dengan ini menyatakan bahawa YB Ng Wei Aik dan Tay Leong Seng selaku Ahli Majlis MPPP dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada pemilik Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar iaitu Syed Kassali dan keluarganya, pekerja dan rakan-rakannya di atas keterlanjuran & tindakan agresif mereka dalam kejadian pada malam Ahad 3 Januari 2011 lalu.
 
YB Ng Wei Aik juga turut memohon maaf sekiranya ada ungkapan atau kata-kata yang dikeluarkan oleh beliau dengan sedar atau tidak sedar yang menyinggung perasaan Syed Kassali, keluarganya serta rakan-rakannya pada malam tersebut.
 
Akhir sekali, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar selepas ini tidak ada lagi pihak yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh dengan meniupkan sentimen perkauman. Marilah kita bersama-sama hidup di dalam negeri ini dengan suasana muhibbah, kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang tinggi.
 
Sekian, terima kasih.

AMIR BIN HJ. GHAZALI
Ketua,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
(AMKPP)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 10, 2011

Rafizi Ramli jawab Najib Razak mengenai Buku Jingga

Dari Rafizi Ramli.com


Saya memberikan cadangan secara kasar supaya rakyat dapat meneliti sendiri angka yang diberikan dan menilai sebanyak mana wang yang 'bocor' dari kantung negara setiap tahun. Hanya dengan dua langkah mudah, kita mempunyai lebihan wang sebanyak 3 kali ganda berbanding apa yang dijanjikan dalam Buku Jingga. Bukan itu sahaja, bahkan kita memiliki wang lebih untuk membayar benda lain seperti penjara-penjara baru untuk ahli politik kaki rasuah yang suka suki membuncitkan perut sendiri dan kroni dengan cara merampas hak rakyat terbanyak selama ini.Ini hanyalah perkiraan kasar kerana tidak cukup masa, tapi angka kasar ini sudah cukup menjelaskan segalanya.

Sebarang komen balas dialu-alukan.

A)

BN selalu berkata bahawa banyak perkara yang kita tidak mampu, kononnya ia akan memufliskan negara etc, terutamanya pada perkara yang melibatkan bantuan langsung pada rakyat terbanyak.

Pada masa lalu, bantuan kewangan yang signifikan yang sedang dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang adalah sesuatu yang mustahil di bawah BN, kerana dakwa mereka, kononnya kerajaan kekurangan dana.

Semenjak mengambil alih, PR di Selangor telah memulangkan sekitar RM150 juta setahun kepada rakyat terbanyak dalam bentuk air percuma, bantuan kemasukan ke universiti, skim mikrokredit dan sebagainya.

Sebab musabab kenapa PR mampu dan BN sentiasa berdolak dalih sambil memberi alasan adalah kerana PR sentiasa berusaha untuk meminimakan ketirisan dana awam yang berpunca dari korupsi dan rasuah.

B)

Laporan Juruaudit  Negara menganggarkan bahawa negara kehilangan RM28 billion ( 28, 000, 000, 000) setiap tahun akibat korupsi dan rasuah seperti kaedah pemerolehan yang tidak telus, projek kerajaan yang tidak selesai, peningkatan harga kos sewaktu fasa pembinaan dan sebagainya.

Kita tidak perlu mewujudkan sebarang skim pembiayaan kebangsaan yang hanya sekadar gah pada nama dan slogan, cukup hanya dengan mengatasi masalah korupsi dan rasuah sahaja, kita mampu menjimatkan RM28 billion yang boleh disalurkan untuk kepentingan rakyat terbanyak.

Jumlah yang tiris ini adalah fakta, dan PR komited untuk memulangkan jumlah yang besar ini kepada rakyat terbanyak.

Selain itu, menghentikan perbelanjaan yang membazir, tidak perlu dan keterlaluan oleh kerajaan juga akan mewujudkan budaya berhemat dalam berbelanja. Contohnya, menghentikan perjalanan PM ke luar negara yang terlalu kerap sehinggakan tempoh masa beliau di luar negara adalah sama dengan tempoh masa beliau di dalam Malaysia. Begitu juga jumlah bayaran untuk mendapatkan kepakaran spin doctor Yahudi APCO (RM77 juta) atau penubuhan PEMANDU (RM66 juta) - BN mungkin akan menghujahkan bahawa jumlah ini kecil, tapi ini merupakan gambaran bahawa kerajaan sekarang mengamalkan budaya membazir dan wewenang dalam membelanjakan wang rakyat.

C)

Setiap tahun, PETRONAS terpaksa membelanjakan RM19 billion (19,000,000,000 - betul ke jumlah kosong ni?) untuk membayar subsidi gas kepada IPP (Penjanakuasa Bebas - dimiliki oleh kroni) yang mendapat keuntungan lumayan kerana mereka dilindungi dari naik turun harga tenaga elektrik.

PETRONAS terpaksa membeli gas dari Natuna dan JDA pada harga yang jauh lebih tinggi, kemudian menjual semula pada IPP pada satu pertiga dari harga asal, semuanya berjumlah RM19 billion.

Sekiranya perjanjian ini dibatalkan, kita akan mempunyai keuntungan 19 billion setahun yang boleh dibayar semula oleh PETRONAS pada kerajaan, sekaligus dipulangkan semula pada rakyat.

Setiap tahun juga, kerajaan membelanjakan RM4 billion setahun sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya. Jumlah sebanyak ini dapat dikembalikan pada rakyat jika struktur tol dibetulkan semula, seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

D)

Hanya dengan mengatasi ketirisan yang berlaku akibat korupsi, menghapuskan subsidi korporat kepada IPP dan pampasan tol kepada syarikat konsesi, kita ada sejumlah (RM28 billion + RM19 billion + RM4 billion = RM51 billion) RM51,000,000,000 setiap tahun.

Jumlah ini lebih dari mencukupi untuk melunaskan segala janji yang terkandung dalam Buku Jingga.

E)

Elaun khas guru - RM3.2 billion setahun

Subsidi diesel dan petrol kepada golongan yang memerlukan (di bawah pendapatan tertentu), selepas penstrukturan semula subsidi supaya hanya yang dari golongan bawahan akan beroleh manfaat: anggaran RM4 billion setahun.

Subsidi gas asli: Anggaran RM4 billion setahun.

Jumlah bayaran subsidi dan elaun khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga: RM11.2 billion.

Harga yang ditawarkan oleh KWSP dan Khazanah untuk ambilalih keseluruhan aset dan operasi lebuhraya PLUS adalah RM23 billion. Sayap pelaburan kerajaan dan agensi kerajaan pada masa ini (melalui Khazanah dan KWSP) sudahpun memiliki 67.3% PLUS, maka tambahan kos untuk memulangkan keseluruhan aset dan operasi kepada kerajaan (beli dari pemegang saham minoriti) hanyalah RM7.5 billion.

F)

Jumlah keseluruhan adalah RM3.2 b (elaun khas guru) + RM4 b (subsidi bahan api) + RM4 b (gas asli) + RM7.5 b (pembelian saham minoriti PLUS) = RM18.7 b.

Jumlah ini adalah begitu kerdil untuk dibandingkan dengan RM51 b yang boleh diperoleh melalui penstrukturan semula subsidi dan penghapusan korupsi/rasuah.

Adalah jelas bahawa isunya bukanlah samada kita mampu atau tidak, kerana angka membuktikan bahawa kita memang mampu. Ia hanya memerlukan kesungguhan politik, terutamanya apabila BN begitu bersungguh-sungguh untuk menghapuskan subsidi minyak tetapi tidak langsung memikirkan tentang subsidi yang diberikan pada IPP.

Apa kata anda? Masih tidak mampukah kita? Atau BN-UMNO masih mahu berdolak dalih kerana tidak mahu hilang sokongan taikoon besar?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.