DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

Thursday, March 24, 2011

Bila Dendam Tidak Dapat Disembunyikan!

Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula
mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis
berusia 15 tahun ketika itu. Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri
Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan
mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat membaca rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu. Tak boleh baca.

Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak
boleh baca, kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya, katanya.
Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik, kata Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Eskay  seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan. Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu
mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu membabitkan polis.Malah, ahli perniagaan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri bukan orang KL  tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing. Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.

Rogol gadis sekolah Di sebalik sifat patriotiknya itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai ketua menteri Melaka
pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar walaupun saya
dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan merogol seorang gadis sekolah. Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta kecil seperti bukan
mahkamah yang membebaskan beliau. Sebaliknya tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.
Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah (kanan) ketika itu memutuskan tidak cukup bukti untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan
namanya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki amat mencurigakan, seperti
video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Eskay. Seperkara lagi, pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay. Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada PERKASA serta Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.

Eskay  sahabat Anwar?
Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja  adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar
tidak sudi menghantar satu salinan kepada ketua pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media? Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk
diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim didakwa mengambil keputusan menggunakan
khidmat seorang wartawan untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.
Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum dihantar untuk
ujian forensik. Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya
ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment