DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

Monday, December 20, 2010

Konvensyen Pakatan Rakyat 2, Kepala Batas, Penang

19 Disember menjadi detik bersejarah perjalanan politik negara, Konvensyen Pakatan Rakyat yang kedua berlangsung gemilang dengan Pulau Pinang menjadi tuan rumah.

Muafakat dan kesepakatan yang ditunjukkan amat mengagumkan. Perwakilan ditempatkan mengikut negeri masing-masing, tiada diasingkan mengikut Parti. Dengan tema 'Ubah Sekarang,Selamatkan Malaysia' muhibah yang ditunjukkan oleh semua pimpinan dan perwakilan menjadi saksi kepada kesungguhan Pakatan Rakyat membela dan mengangkat martabat Rakyat tanpa mengira ras dan agama.

Komitmen Reformasi diulang dan kesungguhan untuk mengangkat Ketuanan Rakyat dibuktikan sepanjang perbahasan konvensyen. Dokumen penting, Buku Jingga 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia', menjadi risalah penting untuk difahami dan dihebahkan kepada Rakyat. Dasar bersama Pakatan Rakyat dan 10 program 100 hari pertama Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Pusat dimuatkan dalam buku ini.

Dengan semangat baru yang ditiupkan oleh pimpinan, inilah masa yang terbaik untuk kita semua kembali menyusun strategi dan merapatkan jentera untuk sama-sama kita berarak ke Putrajaya dan mengembalikan Ketuanan Rakyat ke persada yang selayaknya.


AMK Pulau Pinang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment