DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

Wednesday, December 15, 2010

Kenyataan Media : Usul Penggantungan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari Parlimen

AMK Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Speaker Parlimen dan usaha pihak Kerajaan untuk menggantung YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), YB Karpal Singh (Jelutong), YB Azmin Ali (Gombak) dan YB Sivarasa (Subang), dari Parlimen selama enam bulan. Kita melihat ini sebagai satu lagi usaha terancang untuk menekan pakatan pembangkang di Parlimen dengan desas-desus Pilihan Raya Umum ke13 yang bakal berlangsung tahun hadapan.

Langkah YB Permatang Pauh mendedahkan kaitan di antara konsep 1Malaysia dengan kempen OneIsrael melalui syarikat APCO Worldwide, sewajarnya diberi ruang dan peluang untuk satu siasatan terperinci dan saksama oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan. Sebaliknya yang berlaku bilamana saksi dan bukti yang dikemukakan terus ditolak oleh anggota Jawatankuasa. Tidak cukup dengan itu, usul penggantungan pula dikemukakan.

Insiden ini membuktikan bahawa Kerajaan Umno-BN sudah tiada lagi daya dan kesungguhan untuk benar-benar berpegang kepada semangat demokrasi dan keadilan. Pelacuran aparatus Kerajaan oleh pemimpin Umno-BN berleluasa dan kini, Parlimen pula yang dilacurkan demi kepentingan politik mereka. Pendek kata, negara kita kini kembali menuju ke lembah kediktatoran yang dimulai Tun Dr Mahathir. Segala macam salahguna kuasa dan pelanggaran prinsip undang-undang dilakukan semata-mata untuk mengekalkan kuasa mereka.

Kami, AMK Pulau Pinang akan sentiasa berdiri teguh bersama Ketua Pembangkang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Karpal Singh, YB Azmin Ali dan YB Sivarasa dalam muafakat Pakatan Rakyat untuk mempertahankan prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang di negara ini.

AMK Pulau Pinang
16 Disember 2010

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment