DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

Saturday, April 30, 2011

SIARAN MEDIA AMKPP : Laksana Qazaf, Tolak Sumpah Fitnah!

Laksana Qazaf, Tolak Sumpah Fitnah!

30 APRIL 2011

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang diambil oleh semua pihak yang bersekongkol dalam ‘menjayakan’ upacara Majlis Sumpah Laknat semalam. Tindakan ini telah dengan terang-terang mencemari kesucian rumah Allah dan mencabar kesucian Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Ingin ditegaskan di sini, tiada istilah Sumpah Laknat di dalam Islam melainkan Sumpah Li’an dalam pembuktian tuduhan zina yang melibatkan suami-isteri. Dalam kes ini, kegagalan pihak Datuk T mendatangkan 4 saksi yang layak, telah dengan jelas mensabitkan mereka dengan hukuman Qazaf (80 kali sebatan). (Rujuk Surah An-Nur: Ayat 4)


Turut hadir : Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar seluruh rakyat khususnya Umat Islam agar tidak mudah terpengaruh kepada propaganda terbaru tajaan UMNO ini yang dipentaskan demi memastikan mereka terus bernyawa. Jelas dalam kata lain, majlis yang diadakan semalam itu bolehlah dikelaskan sebagai perkara Bid’ah Dalalah (Pembaharuan dalam Islam yang menyesatkan) dan lebih tepat lagi, ia adalah hanya Sumpah Fitnah semata-mata.

Justeru, kami Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar Datuk T yang diketuai oleh Datuk Rahim Tambi Chik agar segera BERTAUBAT atas kesalahannya mencemarkan kesucian Islam & rumah Allah dalam majlis tersebut. Keengganan mereka untuk bertaubat adalah cerminan mereka sengaja mencabar kemurkaan & laknat Allah ke atas mereka bertiga dan semua pihak yang bersekongkol dalam rekayasa Sumpah Fitnah itu.

Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan selaku Presiden UMNO, ada ingatan untuk beliau. Kami ingin mengingatkan beliau agar tidak ambil sikap selesa & ‘cuci tangan’ di belakang peristiwa Sumpah Fitnah tersebut. Keterlibatan pihak berkuasa untuk ‘menjayakan’ pementasan fitnah tersebut tidak boleh hanya dilihat sebelah mata. Beliau harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas aib yang ditanggung oleh Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya atas siri-siri ‘Kebodohan & Perlecehan agama’ yang terjadi dan ini amat mencalar maruah Islam & Negara!

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) suka ingatkan Datuk Seri Najib, bahawa kes ini bukan kes peribadi. Ia tidak lebih hanyalah kes Fitnah yang mencabar kemarahan rakyat. Ia juga adalah secara terang-terangan, satu rekayasa fitnah ‘Politically Motivated’ untuk menjatuhkan musuh utama politik UMNO-Barisan Nasional, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, demi membuktikan beliau adalah seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab, AMKPP di sini dengan tegas MENCABAR Perdana Menteri untuk;


1) Kes ini segera DIADILI di Mahkamah Syariah di bawah Undang-undang Qazaf.


2) Menggesa pihak Polis tanpa lengah, SEGERA menangkap Datuk T atas kesalahan melanggar Seksyen 292 (A) atas kesalahan memiliki & menayang video lucah.


3) Menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan dengan segera menggunakan kuasa MENGHALANG penyiaran klip video fitnah dari terus tersebar di blog dan televisyen arus perdana.

Sekian, terima kasih.

SYED MIKAEL RIZAL AIDID

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

No comments:

Post a Comment