DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

Saturday, April 30, 2011

SIARAN MEDIA AMKPP : Laksana Qazaf, Tolak Sumpah Fitnah!

Laksana Qazaf, Tolak Sumpah Fitnah!

30 APRIL 2011

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang diambil oleh semua pihak yang bersekongkol dalam ‘menjayakan’ upacara Majlis Sumpah Laknat semalam. Tindakan ini telah dengan terang-terang mencemari kesucian rumah Allah dan mencabar kesucian Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Ingin ditegaskan di sini, tiada istilah Sumpah Laknat di dalam Islam melainkan Sumpah Li’an dalam pembuktian tuduhan zina yang melibatkan suami-isteri. Dalam kes ini, kegagalan pihak Datuk T mendatangkan 4 saksi yang layak, telah dengan jelas mensabitkan mereka dengan hukuman Qazaf (80 kali sebatan). (Rujuk Surah An-Nur: Ayat 4)


Turut hadir : Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar seluruh rakyat khususnya Umat Islam agar tidak mudah terpengaruh kepada propaganda terbaru tajaan UMNO ini yang dipentaskan demi memastikan mereka terus bernyawa. Jelas dalam kata lain, majlis yang diadakan semalam itu bolehlah dikelaskan sebagai perkara Bid’ah Dalalah (Pembaharuan dalam Islam yang menyesatkan) dan lebih tepat lagi, ia adalah hanya Sumpah Fitnah semata-mata.

Justeru, kami Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar Datuk T yang diketuai oleh Datuk Rahim Tambi Chik agar segera BERTAUBAT atas kesalahannya mencemarkan kesucian Islam & rumah Allah dalam majlis tersebut. Keengganan mereka untuk bertaubat adalah cerminan mereka sengaja mencabar kemurkaan & laknat Allah ke atas mereka bertiga dan semua pihak yang bersekongkol dalam rekayasa Sumpah Fitnah itu.

Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan selaku Presiden UMNO, ada ingatan untuk beliau. Kami ingin mengingatkan beliau agar tidak ambil sikap selesa & ‘cuci tangan’ di belakang peristiwa Sumpah Fitnah tersebut. Keterlibatan pihak berkuasa untuk ‘menjayakan’ pementasan fitnah tersebut tidak boleh hanya dilihat sebelah mata. Beliau harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas aib yang ditanggung oleh Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya atas siri-siri ‘Kebodohan & Perlecehan agama’ yang terjadi dan ini amat mencalar maruah Islam & Negara!

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) suka ingatkan Datuk Seri Najib, bahawa kes ini bukan kes peribadi. Ia tidak lebih hanyalah kes Fitnah yang mencabar kemarahan rakyat. Ia juga adalah secara terang-terangan, satu rekayasa fitnah ‘Politically Motivated’ untuk menjatuhkan musuh utama politik UMNO-Barisan Nasional, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, demi membuktikan beliau adalah seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab, AMKPP di sini dengan tegas MENCABAR Perdana Menteri untuk;


1) Kes ini segera DIADILI di Mahkamah Syariah di bawah Undang-undang Qazaf.


2) Menggesa pihak Polis tanpa lengah, SEGERA menangkap Datuk T atas kesalahan melanggar Seksyen 292 (A) atas kesalahan memiliki & menayang video lucah.


3) Menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan dengan segera menggunakan kuasa MENGHALANG penyiaran klip video fitnah dari terus tersebar di blog dan televisyen arus perdana.

Sekian, terima kasih.

SYED MIKAEL RIZAL AIDID

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

Friday, April 8, 2011

AMKPP : 'Tingkatkan keselamatan orang siasatan SPRM' - Malaysiakini

Jumaat, Georgetown - Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) hari ini menuntut supaya keselamatan orang di bawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dipertingkatkan.
Di samping itu, AMKPP juga menuntut supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera untuk mengadili kes kematian penolong pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan.

AMKPP juga menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed bertanggungjawab penuh atas kematian Sarbani dan meletak jawatan dengan segera.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua AMKPP, Amir Ghazali berkata, pihaknya membuat tuntutan tersebut "demi menyelamatkan imej SPRM yang tercalar teruk".

Katanya, AMKPP tegas membawa suara rakyat yang tidak mahu lagi insiden tersebut berulang.

"Ini adalah jelas merupakan kegagalan 1Malaysia yang sering dilaungkan oleh perdana menteri.

"Adakah ini yang dinamakan keselamatan dan keadilan rakyat diutamakan?" tambahnya


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AMKPP Serah Perutusan Takziah kepada Pegawai Kastam


PERUTUSAN TAKZIAH

"AMKPP Ucap Takziah kepada Keluarga Ahmad Sarbani"

8 APRIL 2011

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, yakni Penolong Pengarah Kastam Selangor yang telah ditemui mati jatuh dari Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kami dari AMK Pulau Pinang mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman dan dikurniakan ketabahan buat keluarga Allahyarham.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) kesal dengan insiden terbaru ini memandangkan imej SPRM dan agensi kerajaan lain menjadi semakin parah. Dengan isu kematian Teoh Beng Hock, yang juga jatuh mati dari Bangunan SPRM, SPRM perlu mengambil tanggungjawab penuh atas insiden terbaru ini. SPRM wajib mengambil langkah serius dan drastik demi memulihkan imej mereka sebagai agensi yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga menyokong penuh supaya satu Suruhanjaya Diraja terus ditubuhkan memandangkan dengan imej SPRM dan PDRM yang berada di tahap paling kritikal dalam sejarah tanah air, oleh itu dengan penubuhan satu Suruhanjaya Diraja diharapkan sedikit sebanyak dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem eksekutif negara.


Sekian, terima kasih.

AMIR HJ. GHAZALI

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang


AMKPP Serah Memorandum kepada SPRM Pulau Pinang

MEMORANDUM RASMI

"AMKPP Desak Perubahan Drastik Terhadap SPRM"

8 APRIL 2011

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, iaitu Penolong Pengarah Kastam Selangor yang telah ditemui mati jatuh dari Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) kesal dengan insiden terbaru ini memandangkan imej SPRM dan agensi kerajaan lain menjadi semakin parah. Dengan isu kematian Teoh Beng Hock, yang juga jatuh mati dari Bangunan SPRM Selangor, SPRM perlu mengambil tanggungjawab penuh atas insiden terbaru ini. SPRM wajib mengambil langkah serius dan drastik demi memulihkan imej mereka sebagai agensi yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat.

Justeru, demi menyelamatkan imej SPRM yang tercalar teruk, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menggesa Kerajaan Malaysia agar tuntutan di bawah ini dilaksanakan SEGERA;

1) Mendesak supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, bertanggungjawab penuh atas kejadian ini dan MELETAK JAWATAN dengan segera.


2) Menuntut agar keselamatan orang di bawah siasatan SPRM DTINGKATKAN.


3) Menggesa penubuhan segera SURUHANJAYA DIRAJA untuk mengadili kes ini.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) tegas membawa suara rakyat tidak mahu lagi insiden ini berulang lagi. Ini adalah jelas merupakan KEGAGALAN MANIFESTASI 1 MALAYSIA yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri. Adakah ini yang dinamakan keselamatan & keadilan rakyat diutamakan?

Sekian, terima kasih.

AMIR HJ. GHAZALI

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

Wednesday, April 6, 2011

PENYEBARAN VIDEO SEKS FITNAH : 5 TUNTUTAN PEMUDA PAKATAN P.PINANG


KENYATAAN MEDIA RASMI
Penyebaran Video Fitnah : 5 Tuntutan Pemuda
Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada Kerajaan Malaysia
6 APRIL 2011

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang ingin memulakan sidang media ini dengan mengajak semua menjiwai benar-benar akan firman Allah berikut; “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasik yang membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakan sesuatu kaum kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.” AL-HUJURAT: Ayat 6.

Berdasarkan ayat di atas, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang mahu rakyat bertenang terhadap fitnah terbaru yang dihalakan kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita diajar meneliti sesuatu tuduhan, apatah lagi tuduhan & video seks fitnah itu datangnya dari Datuk Trio, yang seorang daripada mereka pernah bergelumang dengan pertuduhan merogol gadis bawah umur.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang juga ingin menyatakan SOKONGAN PENUH kepada penafian tegas yang telah dibuat oleh Presiden KEADILAN, Ybhg. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menolak sebarang perkaitan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video fitnah tersebut.

Justeru, setelah isu ini menjadi tatapan dunia dan amat memalukan kita, serta demi meredakan keresahan rakyat terhadap fitnah terbaru ini, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dengan tegas menuntut agar Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak untuk MENGARAHKAN agensi/institusi di bawah kuasa beliau ini untuk menunaikan SEGERA perkara-perkara berikut;

1. Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)- Mengenakan tindakan kepada semua blog-blog yang sengaja menyiarkan video fitnah yang bertujuan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Blog terawal yang didapati menyebarkannya adalah Papagomo & Gerakan Anti-PKR.

2. Unit Media Baru (Pemuda UMNO Malaysia) - Mengeluarkan arahan kepada semua blogger di bawah UMB agar menarik balik video tersebut dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

3. Polis Diraja Malaysia (PDRM) - Mengarahkan pihak Polis supaya dengan segera dan tanpa lengah terus menangkap Datuk Trio atas tindakan mereka yang terang-terang bersalah dan boleh didakwa mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

4. Kementerian Dalam Negeri - Menggesa kementerian ini membuat siasatan rapi tentang video yang masih dalam siasatan polis, tetapi bocor di Youtube dan memalukan Malaysia di mata dunia.

5. Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan - Mengarahkan agar semua surat khabar arus perdana keluaran Selasa 5 April 2011, meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarganya & seluruh rakyat Malaysia di atas terbitan gambar-gambar fitnah yang amat mengaibkan.

Dengan ini juga, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dengan tegas menuntut agar Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak MEMINTA MAAF secara terbuka di atas kegagalan beliau membendung YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarganya & seluruh rakyat Malaysia dari diaibkan secara besar-besaran di mata dunia.



Yang Melaksanakan Amanah;

SYED MIKAEL RIZAL AIDID

Naib Ketua 1 Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang

YB NG WEI AIK

Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang

MOHD. NOR BIN HARON

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPPP)


Saturday, April 2, 2011


Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.


Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.

Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menelefon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak, tak sabar-sabar nak menonton Tiga Mat Boroi. Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar.

Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama-sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Le Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80-an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal kanak-kanak dan buat anak. Dari apa yang aku difahamkan, filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap engaging atau filem fikrah.

Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah dijemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Tayangan ini bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif - Le Carcosa.

Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Kommonwealth pada tahun 1998 dahulu.

Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak-anak muda. Amat ditakuti kalau-kalau anak muda akan pergi beramai-ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing.

Bila aku sampai ke Le Carcosa, aku telah disambut oleh lelaki gelap berpakaian serba hitam, termasuk berkaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakon dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti samseng dalam filem Tamil - bangang tapi lawak.

Liputan meluas

Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan wartawan yang telah datang lebih awal berada di situ. Semuanya kelihatan resah dan gelisah , duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar.

Sebelum filem diputar, Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Mat Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini, dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton.

Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit, mula kedengaran orang berdengkur. Pada minit ketujuh, dua orang penonton bangun untuk ke tandas. Untuk aku, ini petanda yang kurang sihat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi.

Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adegan yang sedang bergerak di hadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi, filem ini adalah filem drama politik yang serius. Tetapi bila aku lihat, filem ini adalah filem komedi bodoh bergenre Senario.

Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk sebegini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serius. Filem genre politik yang serius untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem-filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman.

Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi juga berkata bahawa adegan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut dirakam tanpa ada potongan. Penggunaan lapan buah kamera ini cukup hebat, malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adegan ranjang dalam Lolita. Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul-betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi!

Menurut Le Petit Tambi, filem ini mengisahkan seorang negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang gadis Siam. Si gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari yang dihantar khusus ke Malaysia oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya, maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini.

Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adegan ranjang ini, air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adegan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarung tangan, jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu, aku tahu apa yang wajib aku lakukan.

Long shot

Tup! Tup! Apabila adegan ranjang bermula, aku terperanjat besar. Aku merasa tertipu. Walaupun lapan kamera digunakan dari pelbagai sudut, semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang- goyang. Tidak ada satu pun kamera yang berani menyorot dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh - long shot.

Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun reverse angle untuk memperlihatkan reaksi muka negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si negarawan ini sahaja. Macam si negarawan sedang membuat tekan tubi.

Adegan ranjang ini adalah adegan yang paling tidak ranjang, yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang-goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memilik badan yang gagah perkasa, mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak juga berlaku.

Mengikut istilah 'nyah ', badan pelakon utama ini, "cukup mak tak taste."

Biar aku berkata jujur bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroiannya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihatan gendut. Malah apabila dia bangun, aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boroi dan bergoyang-goyang.

Mengambil pelakon berperut boroi adakah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem, amat penting pemegang watak utama dilihat kacak dan bergaya. Kalau pun bukan bermuka Brad Pitt, sekurang kurangnya pilihlah muka kacak seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila wira filem ini mula berjalan, aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa mengigit jari untuk menahannya. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke perut.

Pesta filem di Cannes

Bayangkan, siapa pun akan ketawa apabila melihat imej negarawan ini, bukan sahaja boroi, pungungnya tonggek pula. Oh la la... di mana silapnya tuan pengarah ini? Mata aku mencari-cari dalam gelap, di manakah Le Petit Tambi? Pada ketika itu, aku rasa nak memberi satu penampar kepada tuan pengarah.

Kemudian si negarawan bangun untuk memakai baju. Nah, sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangannya yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul, bukanlah berbulu macam King Kong. Tetapi aku amat yakin pelakon ini cukup sesuai untuk berlakon dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika dicukur dengan Gillette.

Bila lampu dibuka, aku terperanjat sekali lagi. Hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap-senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi pembantu pengarah. Bila aku lihat muka pembantu pengarah ini, aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan 'poyo' walau pun mereka kelihatan bangga menjayakan filem ini.

Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan di bawa ke pesta filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka. Aku rasa filem ini, kalau YouTube adakan syarat piawaian, sudah pasti filem ini tidak akan lepas.

Bila sampai ke rumah, aku termenung dan langsung membuka internet. Aku terperanjat beruk apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengsan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi.

Lalu aku terfikir, apa sudah jadi? Lalu aku bertanya, ke mana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini? Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas-desus yang aku dengar tentang Finas kini betul?

Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini, lupakan sahaja. Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kepada anak muda, kalau hendak pergi terkencing berdiri di paggung Le Carcosa seperti Queen Elizebeth dipersilakan.M/Kini

Giliran Najib pula ajak orang Pulau Pinang bermimpi


Hari tu Muhyiddin, Timbalan Presiden Umno dengan megah mengisytiharkan yang Umno BN akan kembali berkuasa di Selangor dengan menyasar memenangi 9 kerusi.

Walaupun ramai tahu kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor agak mantap ekoran prestasi memberangsangkan di bawah MB Tan Sri Khalid Ibrahim disamping kelemahan dalaman Umno BN sendiri selain kebencian rakyat kepada ketempangan dan kepincangan Umno BN yang lalu, namun Muhyiddin tanpa segan terus memainkan juga lagu-lagu khayal dan mengenakkan telinga sekadar sesama Umno BN.

Apa lagi yang nak beliau katakana bila mengunjungi Selangor, takkanlah beliau nak katakan PR bagus!

Kini giliran Najib pula. Dalam kunjungan beliau ke Pulau Pinang, beliau pula mengisytiharkan yang BN bakal merampas kembali Pulau Mutiara itu dari tangan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Alasan Najib – terdapat angin perubahan meniup deras di Pulau Pinang. Sekali lagi sindrom Umno Kelantan turut dimainkan di Pualu Pinang, iaitu Umno dan BN kuat dan pelbagai lagi.

Hakikatnya tulang belakang BN di Pulau Pinang iaitu Gerakan sudah pupus, apa lagi MCA dan MIC yang sepatutnya membantu meneguhkan kedudukan Umno turut hancur berkecai. Umno sendiri kalah beberapa kerusi pada PKR dan PAS. Dan dari 11 kerusi (PR menang 29 kerusi)DUN yang Umno menang di Pulau Pinang hampir 5 kerusi di bawah majoriti 500 undi.

Demikian kedudukan BN di Pulau Pinang kini, apa yang isitmewa yang boleh melonjakkan mereka bangkit untuk merampas kembali Pulau Pinang sebagaimana dibayangkan Najib?

Bolehlah Najib dan Muhyiddin jelajah Selangor, Pulau Pinang dan kemudian Kedah dan Kelantan, berdegar-degar mendabilk dada mendakwa BN dan Umno boleh rampas kembali negeri-negeri ini. Sekadar cakap kosong, siapa pun boleh. Malangnyabuat mereka berdua rakyat Malaysia kini sudah dewasa terutama dari segi pertimbangan dan membuat keputusan.

Mustahil mereka mahu kembali kepada ketempangan dan kepincangan yang lampau. Jangankan negeri-negeri yang disebutkan itu, malah negeri-negeri lain termasuklah Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan lain-lain semua ada potensi menolak BN yang semakin membosankan.