DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

Sunday, February 20, 2011

Kepimpinan AMK Negeri 2011/2013

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan barisan kepimpinan AMK di peringkat negeri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pengumuman mengenai pelantikan ketua-ketua AMK negeri itu dibuat melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua penerangannya, Lee Khai Loon hari ini.

Menurutnya, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat pelantikan tersebut selepas memberi pertimbangan serta perbincangan menyeluruh dengan ahli dan pimpinan Cabang di setiap negeri.

"Kesemua ketua-ketua AMK negeri yang dilantik telah diberi amanah untuk memimpin AMK negeri.

"Semua ketua AMK negeri perlu melaksanakan gerak kerja parti di peringkat negeri serta mempersiap sedia untuk pilihanraya umum ke-13 yang akan datang," katanya.

Menurutnya lagi, AMK merupakan tunggak parti dalam menarik lebih ramai orang muda untuk menyertai serta mendokong perjuangannya.

"Dengan adanya ketua-ketua AMK negeri, usaha untuk mempertingkatkan kesedaran politik orang muda yang berjalan dengan lebih lancar," tambah Lee.

Berikut adalah senarai ketua AMK negeri:

Perlis: Tg Putra Aelmi Sham Tengku Amiruddin

Kedah: Azman Nasrudin

Pulau Pinang: Amir Md Ghazali

Perak: Meor Ahmad Isharra Ishak

Selangor: Irwan Ismail

Wilayah Persekutuan: Mohammad Hamidi Mohd Said

Negeri Sembilan: Mohd Nazree Mohd Yunus

Melaka: Law Bing Haw

Johor: Mohamad Nazri Ismail

Pahang: Ahmad Sani Abd Ghani

Terengganu: Muzafeq Affyulzaifuzan Mamat

Kelantan: Mohammd Azihan Che Seman

Sabah: Jafery Jomion

Sarawak: Ahmad Nazib Johari
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 17, 2011

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang

Program Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang

 

19 Februari 2011 (Sabtu)

 

Program 1) 4.00 ptg – Hi-Tea Bersama JKKK / AJK Qariah / Ahli MPPP Pulau Pinang

 

Lokasi – Restoran Seri Idaman, Teluk Tempoyak

 

Program 2) 7.00 mlm – Solat dan Tazkirah Maghrib

 

Lokasi – Masjid Jamek Sungai Nibung

 

Program 3) 9.00 -12.00 mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

 

Lokasi – Padang Awam, Taman Semilang, Seberang Jaya (Sebelah TESCO)

 

Penceramah;

        1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

        2. YB Dato' Mansor Othman 

        3. YB Firdaus Jaafar    

        4. YB Yusmadi Yusoff
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 16, 2011

Risalah Jingga terbitan AMKPP

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 13, 2011

Kenyataan Akhbar Kelab Anwar Ibrahim berhubung gesaan Ummi Hafilda supaya Kerajaan Malaysia menghalang kebebasan Dato Seri Anwar Ibrahim keluar masuk negara

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat gesaan Ummi Hafilda yang dipetik daripada Mingguan Malaysia, supaya Kerajaan Malaysia menghalang kebebasan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk keluar dan masuk negara ini sebagai terdesak dan tidak kena pada pada tempatnya. Tindakan itu juga jelas bertujuan mengelirukan rakyat apabila menuduh kononnya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu merancang sesuatu untuk meraih simpati politik.

Umum telah mengetahui yang Ummi Hafilda sering menjadi alat kepada musuh-musuh politik Dato Seri Anwar Ibrahim dalam merencanakan pelbagai agenda jahat dan menabur fitnah untuk memberi imej buruk kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, namun seringkali gagal mencapai matlamat tersebut. 

Kelab Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kredibiliti Ummi Hafilda dan kedudukannya yang dilihat seperti mempunyai kuasa dan tugas-tugas khas sehingga mempunyai suara untuk mengarahkan Kerajaan Malaysia melakukan sesuatu mengikut telunjuk beliau. Amatlah menghairankan apabila seseorang yang tidak mempunyai apa-apa jawatan kerajaan, memperolehi liputan istimewa daripada media arus perdana untuk menyerang keperibadian orang lain.

Ummi Hafilda dinasihatkan supaya mengukur baju di badan sendiri dahulu sebelum bertindak melebihi batas yang dimilikki. Tindakannya yang seolah-olah ingin mengajar Kerajaan Malaysia adalah amat memalukan dan ditertawakan oleh seluruh lapisan masyarakat. Ini juga menggambarkan Kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai kredibiliti dan terpaksa menggunakan Ummi Hafilda sebagai suara rasmi kerajaan. Cukuplah sudah campur tangan keterlaluan daripada banyak pihak dalam urusan seharian pentadbiran negara ini, yang jelas amat memualkan dan mengundur sistem pengurusan negara ke tahap paling teruk sejak sedekad yang lalu

AIC bertegas bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dilabelkan bersalah, selagimana mahkamah tidak memutuskan sedemikian apatah lagi dengan banyak kekeliruan perjalanan perbicaraan yang berlaku. Oleh itu, beliau mempunyai hak dan kebebasan untuk melaksanakan urusan beliau dan tidak sewajarnya beliau dinafikan hak tersebut hanya kerana gesaan-gesaan bodoh yang datang dari sesetengah pihak. 


Saifuddin Shafi Muhammad
Setiausaha Agung 
Anwar Ibrahim Club
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 12, 2011

Ucaptama YB Azmin Ali - Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu - 12 Feb 2011

Saya mengucapkan tahniah kepada Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar kerana menganjurkan seminar ini. Seminar ini amat bermakna bagi umat Islam dan Umat Melayu khasnya. Umat Melayu-Indonesia adalah umat Islam yang terbesar di dunia. Dari perspektif tersebut Alam Melayu-Indonesia adalah pusat kepada dunia Islam, bukan di pinggir dunia Islam seperti yang dianggap oleh pengkaji-pengkaji. Bahkan saudara kita se umat Islam – Arab, Parsi, Turki, India dan Pakistan, sendiri melihat rantau ini sebagai pinggir dunia Islam. Paling parah lagi apabila umat Melayu-Indonesia sendiri merasakan mereka duduk di pinggir. Akibatnya mereka dilanda psikologi pinggiran.

Sudah sampai masanya umat Islam Melayu-Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei dan Singapura mempunyai keyakinan untuk membangun pemikiran yang asli untuk mendepani cabaran umat, rantau dan dunia. Untuk itu kita perlu keluar dari kepompong pemikiran sempit, baik perkauman mahupun ideologi. Kekuatan dan tenaga yang akan membawa kita keluar dari kesempitan tersebut, tidak lain dan tidak bukan adalah kesejagatan dan universalisme Islam itu sendiri.

Bahkan kedudukan Alam Melayu dewasa ini menuntut keberanian dan kecekalan. Dunia hari ini memperkatakan kebangkitan China dan India. Peterson Institute of International Economics menegaskan ketika Presiden Hu Jintao bertemu dengan Presiden Barack Obama di Washington awal tahun ini dari segi purchasing power parity China sudah menjadi ekonomi no 1 dunia. Maka dunia Islam yang diwakili oleh Alam Melayu-Indonesia berada di tengah-tengah ekonomi no 1 di dunia dengan satu lagi kuasa baru dunia iaitu India. Maka tanggungjawab berdepan dengan kuasa-kuasa baru ini adalah tanggungjawab umat Melayu.

Selama satu kurun pemikiran dunia Islam dihantui oleh persoalan Islam dengan Barat. Sejak dari abad ke-19 umat Islam ditakluk dan dijajah oleh kuasa-kusa imperialis Barat. Setelah dunia Islam memperolehi kemerdekaan persoalan Islam dengan Barat masih berterusan kerana negara-negara di kedua belah Lautan Atlantik mendominasi dunia dari segi ekonomi, politik dan ketenteraan. Justeru itu wacana dan penulisan pemikir-pemikir dan juga pimpinan politik dan sosial dunia Islam tertumpu dengan isu "Islam and the West".

Pemikir-pemikir seperti Taha Husayn dan Sutan Takdir Alisyahbana melihat kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraan Barat berpunca dari kebudayaan yang mereka bina dari Renaissance, Enlightenment, rasionalisme dan ilmu-ilmu yang berteraskan sains dan falsafah. Taha Husayn begitu memperkecilkan Asia dan menyatakan Mesir adalah sebahagian dari Barat dan masa depan Mesir adalah bersama dengan Barat. Sutan Takdir Alisyahbana pula melihat alam Melayu-Indonesia berada di zaman jahiliah sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat.

Sekiranya mereka, khususnya Sutan Takdir, hidup hari ini mereka pasti akan menggesa kita membuat persedian ilmu dan strategi untuk melakukan engagement dengan China dan India. Dan umat Melayu-Indonesia berada dalam lokasi yang begitu strategik dan bertanggungjawab untuk merumus strategi seluruh dunia Islam untuk berdepan dengan realiti baru ini.

Tema seminar hari ini mengingatkan kita kepada siri ceramah penyair dan filasuf agong Islam – Muhammad Iqbal dalam tahun 1932 yang bertajuk The Reconstruction of Religious Thought in Islam, pembangunan semula pemikiran Islam. Projek pembangunan semula pemikiran Islam sejak ianya digagaskan oleh Iqbal tahun 1930an masih terus berjalan. Umat Islam rantau ini perlu merealisasikan agenda tersebut demi berhadapan realiti global yang terkini. Bab terakhir Gelombang Kebangkitan Asia, Anwar Ibrahim telah melakarkan haluan atau orientasi segar yang perlu diambil oleh umat Islam Asia Tenggara. Umat rantau ini, secara tidak kita sedari telahpun mengikut aliran Madrasah al-Ra'yu, iaitu aliran yang lebih cenderung menggunakan ijtihad untuk mengetahui maksud dan tujuan disebalik sesuatu perintah syarak dan cuba melaksanakan tujuan tersebut tanpa terlalu terikat dengan pengertian harfiyyah sesuatu nas. Melalui pendekatan ini, saya yakin kita mempunyai kekuatan dan keyakinan untuk mendepani setiap cabaran semasa dan cabaran yang bakal muncul. Bukan sahaja kita berjaya menghadapi cabaran tersebut tetapi kita juga boleh muncul sebagai kekuatan baru yang positif untuk keamanan dan kemakmuran dunia.

Dalam keluaran Jan-Feb 2010 Foreign Affairs terdapat satu rencana yang bertajuk The New Population Bomb. Penulis tersebut membuat unjuran dalam beberapa dekad lagi jumlah penduduk kelas menengah di negara-negara membangun akan melebihi keseluruhan peduduk di Eropah dan Amerika. Ini bermakna berdasarkan faktor demografi setelah hampir 400 ratus tahun tamadun Barat mendominasi dunia dalam beberapa dekad lagi masyarakat-masyarakat negara membangun secara kolektif akan menjadi lebih kaya dari Barat. Negara-negara ini adalah terletak di Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Barat dan Afrika di mana sebahagian besar mereka adalah umat Islam.

Jelas kita sedang berdepan dengan The New Asian Century. Maka wacana yang perlu disegarkan seharusnya "Islam and the New Asian Century" sebagai wacana dominan untuk menggantikan wacana "Islam and the West". Maka persediaan kita sudah pasti dengan pengkajian dan pemahaman mendalam terhadap tamadun-tamadun China, India, dan tamadun-tamadun yang lahir dari sintesis antara dua tamadun tersebut. Kita sebenarnya seolah-olah kembali ke zaman sebelum kedatangan Vasco da Gama dan Alfonso de Albuquerque. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat Portugis, Belanda dan Inggeris, Asia Tenggara adalah tempat pertembungan tamadun China dan India. Setelah 500 tahun, kita harus kembali untuk menyambung dialog tamadun tersebut.

Tema besar dialog tamadun dalam kebangkitan benua Asia ini amat relevan pada masyarakat Malaysia. Malaysia mempunyai wakil-wakil tamadun Islam, China dan India. Sekiranya kita berjaya menggembling kekuatan dan tenaga ketamadunan ini untuk membentuk satu tamadun yang demokratik, adil, makmur dan aman, kita akan memberikan sumbangan yang amat besar kepada kemanusiaan.

Unjuran The New Population Bomb seharusnya memberikan umat Islam keyakinan. Tetapi gagasan bagi umat Melayu-Indonesia muncul sebagai kekuatan baru yang membentuk tamadun memerlukan minda yang luas. Kita perlu keluar dari kepompong pemikiran sempit. Umat Islam perlu keluar dari minda ketakutan. Filasuf Bertrand Russell pernah berkata: "Fear is the main source of superstition, and one of the main sources of cruelty. To conquer fear is the beginning of wisdom". Kerana takut kepada musuh-musuh politik beliau Stalin melancarkan the Great Terror yang menyebabkan kematian berjumlah 30 juta. Kerana takutkan orang Yahudi Hitler melaksanakan Holocaust yang membunuh 6 juta orang Yahudi. Kerana takut digulingkan oleh orang nombor duanya Liu Shao Qi maka Mao Zedong melancarkan The Great Proletarian Cultural Revolution yang menyebabkan 20 juta rakyat China yang tidak berdosa mati. Begitu juga dengan Pol Pot kerana takutkan kehidupan bandar merosakkan moral manusia beliau melakukan pemindahan secara paksa ke luar bandar yang paling besar dalam sejarah. Akibatnya hampir dua juta manusia mati.

Ketakutan akan menyebabkan kita membuat dasar-dasar celaru, zalim dan merugikan. Kerana takutkan mahasiswa maka dibuatkan AUKU. Kerana takutkan pensyarah menyebarkan pemikiran-pemikiran yang kritis dengan pemerintah maka mereka dikongkong dari berbicara dengan bebas. Akibatnya kita akan memiliki generasi muda yang pasif. Generasi muda yang mendapat pendidikan universiti adalah agen perubahan. Ini mengingatkan saya kepada sajak Taufik Ismail yang berjudul "Takut 66, Takut 98"

Mahasiswa takut pada dosen
Dosen takut pada dekan
Dekan takut pada rektor
Rektor takut pada menteri
Menteri takut pada presiden
Presiden takut pada mahasiswa

Keresahan golongan mahasiswa ini mirip cerita pendek karangan Anton Chekhov yang berjudul The Student. Cerita pendek ini menerangkan bagaimana gelisah dan rawan anak muda kerana hidup dalam sistem yang mengongkong dan zalim.

Apabila generasi ini pasif maka masyarakat tersebut tidak akan dinamis, tidak mampu berdepan dengan cabaran-cabaran baru yang datang. Apabila pensyarah-pensyarah dikekang mereka juga tidak dapat memberikan sumbangan yang sewajarnya. Ini bermakna talent atau bakat golongan strategik ini tidak dapat menzahir potensi mereka yang sepenuhnya.

Mengapakah pemerintah otoritarian sungguh takut kepada golongan mahasiswa dan pensyarah yang jumlahnya amat kecil. Mereka takutkan pemikiran golongan intelektual ini. Seperti yang diungkapkan sekali lagi oleh filasuf Bertrand Russell: "Men fear thought as they fear nothing else on earth .. thought is subversive … and merciless to privilege"

Tatkala kita mengungkapkan serta mengkritik dasar kerajaan yang mengongkong para intelektual dan mahasiswa, jangan pula kita alpa dengan pengkhianatan kaum intelektual, atau seperti yang dinukil Julien Benda, The Betrayal of Intellectual (Les Trahison des Clercs). Kaum intelektual seharusnya menjadi salah satu paksi utama mencetus gelombang pendemokrasian, bukannya takut berhadapan dengan pemerintah.

Islam mencipta tamadun yang gemilang dizaman yang lalu kerana umat di zaman itu bersikap terbuka terhadap semua ilmu dari tamadun-tamadun besar dunia sebelum kedatangan Islam. Seperti yang diulas oleh Professor Seyyed Hossein Nasr dalam Science and Civilization in Islam, Islam mengambil semua ilmu dan disepadukan dengan perspektif Tawhid. Tamadun Islam mulai suram apabila umat Islam tidak lagi meraikan pemikiran. Untuk meminjam ungkapan Alan Bloom, berlaku "the closing of the Muslim mind" melalui penutupan pintu ijtihad.

Usaha pembangunan semula pemikiran Islam di masyarakat Melayu perlu bermula dengan merancakkan wacana ilmu dan pemikiran. Masyarakat dahagakan wacana yang positif untuk memecahkan pemikiran perkauman yang menjadi batu penghalang kepada kemajuan sosial dan ekonomi umat. Kita harus diingatkan kembali kepada pandangan ahli sejarah terkenal Arnold Toynbee yang menegaskan tamadun manusia digugat oleh faham perkauman dan warna kulit. Dan beliau menegaskan kekuatan Islam adalah kerana ketiadaan aspek perkauman. Sepanjang tamadun Islam jamak budaya dan kepelbagaian adalah satu sifat asasi. Tamadun Islam sentiasa meraikan jamak budaya, kepelbagaian, dan kosmopolitanisme sebagai salah satu fitrah.

Dalam konteks Malaysia, antara peranan penting intelektual Muslim adalah untuk membangun pemikiran politik berteraskan demokrasi. Kita sudah sampai ditahap wacana di mana kita tidak lagi mempersoalkan demokrasi kerana kononnya ia datang dari Barat. Sewajarnya tidak muncul kekeliruan bahawa Demokrasi itu merupakan suatu yang bertentangan dengan Islam. Sungguhpun kitab fiqh, tawarikh mahupun kenegaraan tidak menyebut Demokrasi sebagai satu sistem yang baik dan wajib diamalkan oleh umat Islam, namun dari sudut ruh-nya, Islam tidak lah menolak sesuatu yang baik itu diamalkan oleh umatnya.

Inilah demokrasi dari pandangan Dr. Yusuf Qaradawi, seorang tokoh ulama' yang tersohor. Dr. Yusuf Qaradhawi telah mengupas persoalan intipati demokrasi (essence of democracy) dalam bukunya berjudul Fatawa Muasirah (Contemporary Fatwa). Menurut Dr. Yusuf Qaradawi, demokrasi adalah hak rakyat untuk memilih siapa yang harus memerintah dan mentadbirkan urusan mereka. Demokrasi juga bermakna hak rakyat untuk menolak pemerintah yang mereka tidak suka atau menolak aturan dan sistem yang mereka tidak suka. Demokrasi juga membawa maksud hak rakyat untuk menilai dan melakukan muhasabah apabila seseorang pemimpin itu bersalah dan hak rakyat untuk menurunkan pemerintahan apabila pemimpin menyimpang dari prinsip. Tegas Dr Yusuf Qaradawi, "Kalau itulah intipati demokrasi, dimanakah konflik dengan ajaran Islam?"

Persoalannya adalah adakah kita mahukan keadilan atau kezaliman. Adakah kita mahukan kebebasan atau kongkongan. Adakah kita mahukan hak rakyat dihormati atau dinodai. Ketika melancarkan gerakan reformasi di Permatang Pauh Anwar Ibrahim memetik Reinhold Niebuhr: "Man's capacity for justice makes democracy possible; but man's inclination to injustice makes democracy necessary." (Kemampuan manusia untuk berlaku adil menjadikan demokrasi itu satu kemungkinan, tetapi kecenderungan manusia kepada kejahatan menjadi demokrasi itu satu kewajiban).

Lebih dari seratus tahun yang lalu sekumpulan pemuda Muslim yang kemudiannya dikenali sebagai The Young Ottoman muncul di Turki, pusat kepada empayar Islam yang terakhir iaitu empayar Uthmaniah. Mereka menuntut reformasi pemerintahan. Mereka mahu menamatkan pemerintahan kuku besi, dan mahukan pemerintahan dilakukan berlandaskan perlembagaan dan negara hukum. Reformasi yang bernama Tanzimat itu adalah titik besar dalam perjuangan demokrasi umat Islam di zaman moden. Tetapi Mustafa Kamal kemudian yang dikenali sebagai Attaturk menjadikan sekularisme lebih penting dari demokrasi. Maka beliau meletakkan tentera sebagai perisai kepada sekularisme.

Dalam perjuangan umat Islam menuju demokrasi, sejarah tidak akan melupakan peranan gerakan Islam untuk merealisasikan demokrasi. Setelah berdekad-dekad Turki berada dibawah pemerintahan otoritarian sekular, demokrasi kembali bernafas di negara itu oleh gerakan Islam melalui Parti Pembangunan dan Keadilan, AK Party (ADALET VE KALKINMA PARTiSi). Dalam sejarah Indonesia, majlis Syura Muslimin Indonesia (MASYUMI) yang dipimpin oleh Muhammad Natsir menjadi tunggak kepada demokrasi perlembagaan (Constitutional Democracy) manakala yang menghancurkan demokrasi tersebut adalah golongan nasionalis sekular yang dipimpin oleh Sukarno ketika rakyat Indonesia bangun semula untuk menggulingkan kediktatoran Suharto, parti-parti Islam menjadi pemangkin kepada demokrasi hijau yang terbesar didunia.

Baru baru ini kita menyaksikan bagaimana rakyat Tunisia dan Mesir bangkit menuntut kebebasan dan demokrasi. Pemimpin seperti Zainal Abedine Ali dan Hosni Mubarak memerintah dengan kuku besi berdekad-dekad lamanya. Antara sasaran utama tekanan regim Ben Ali dan Mubarak adalah gerakan Islam. Sejak beberapa dekad yang lalu gerakan Islam khususnya Ikhwanul Muslimin merupakan kumpulan yang paling konsisten menentang regim kuku besi di dunia Arab dan Afrika Utara.

Gerakan Islam adalah bahagian integral dari perjuangan demokrasi. Saya yakin gerakan Islam akan memainkan peranan penting dalam transisi dunia Arab menuju demokrasi serta mencetuskan gelombang baru pendemokrasian di benua Asia.

Di sini kita menyaksikan sikap tidak tuntas Amerika terhadap demokrasi. Tatkala masyarakat demokrasi dunia mengangkat inklusiviti sebagai unsur utama demokrasi, Amerika menolak demokrasi sekiranya ia dipimpin oleh Ikhwanul Muslimin.

Perjuangan umat Islam untuk membangun demokrasi adalah didorong oleh semangat untuk memartabatkan kemuliaan insan.

(Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya)

Karamah insaniah ini adalah satu konsep yang memukau salah seorang pemikir Renaissance terkenal iaitu Pico Della Mirandola. Beliau adalah seorang pengasas humanisme Barat, aliran pemikiran yang kemudiannya mencetus idea hak asasi manusia yang seterusnya menjadi bahagian dari pemikiran demokrasi.

Dalam prinsip tradisi ilmu Islam, kita bicara persoalan cita cita murni Islam iaitu Maqasid Syariah ( higher objectives of Syariah ). Kegagalan memahami prinsip Maqasid Syariah akan menyebabkan Islam akan hanya dilihat dalam ruang lingkup yang sempit.

Dalam Maqasid Syariah, Islam memberi jaminan kebebasan memilih agama ( freedom of conscience ), pertahankan kebebasan bersuara ( freedom of expression ) dan menanggani masalah dengan bijaksana ( berhikmah ).

Menurut Umar Abdul Aziz, hikmah membawa maksud kemampuan untuk menyatakan masalah dan keupayaan untuk merongkai dan menanggani masalah berkenaan. Ini adalah kunci hikmah.

Saya yakin melalui demokrasi maqasid dapat direalisasikan. Berpandukan kepada maqasid ini, seruan jihad misalnya, bolehlah ditumpukan untuk membangun satu sistem yang berusaha menjamin Keadilan, menggalakkan pembangunan yang seimbang dan antara yang mustahak, iaitu suatu upaya membasmi kemiskinan.

Sejajar juga dengan konsep maqasid ini, adalah menjadi keutamaan buat kita memastikan keharmonian, maslahat dan kesejahteraan masyarakat di Malaysia.

Justeru itu para intelektual Islam di Malaysia perlu memperluaskan wacana maqasid bagi menggarap pendekatan Islam yang sensitif dan berusaha memahami waqi' dan juga zaman. Inilah mustahaknya Maqasid, peri pentingnya maqasid dijelaskan oleh Imam Abu Ishaq al-Shatibiy bahawa ia adalah arwah al-a`mal(arwahul a'mal) Ertinya, bersyariat tanpa maqasid adalah beragama tanpa ruh.

Justeru, kita tidak boleh terperangkap dengan konsep serta amalan demokrasi yang juz'i. Apabila kita mewacanakan demokrasi ia pasti melibatkan persoalan kebebasan media, kedaulatan undang-undang, tatakelola yang baik demi memastikan rasuah disirna, hak bersuara dan pilihanraya yang bebas. Adalah suatu mitos sekiranya Demokrasi hanya bermaksud pilihanraya setiap lima tahun sekali. Apalagi apabila pilihanraya tersebut dinodai dengan penipuan dan dicemari oleh pengundi-pengundi hantu.

Demokrasi sering disebut sebagai kerajaan rakyat, untuk rakyat; the government by the people for the people. Namun demokrasi tanpa tata kelola – democracy without governance, tidak akan menguntungkan rakyat terbanyak. Tanpa tatakelola rasuah, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa akan berleluasa.

Sudah kita ungkapkan demokrasi mesti merangkumi antaranya amalan tatakelola yang baik, negara hukum, sistem pilihanraya yang bebas dan telus, media yang tidak dikongkong pemerintah serta amalan pertanggungjawaban.

Laporan GFI (Global Financial Integrity) menyebut wang haram(gelap) yang mengalir keluar dari Malaysia berjumlah USD291 billion (bersamaan RM888 billion) dari tahun 2000 sehingga 2008. Amalan demokrasi yang bersertakan tatakelola yang baik pastinya menghalang perkara ini dari berlaku. Kerana sebuah masyarakat demokratik dan negara hukum menjunjung prinsip ketelusan, tatakelola yang baik dan pertanggungjawaban.

Hanya pada 8hb Febuari yang lalu saya membangkitkan isu hutang isi rumah rakyat Malaysia yang kian parah. Menurut Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010 hutang isi rumah telah mencecah RM577 bilion iaitu bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion adalah pinjaman peribadi dan RM225 bilion adalah pinjaman perumahan. Ini menimbulkan dua persoalan besar, pertamanya, pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang menjadi sebahagian besar hutang rakyat adalah hutang yang tidak dapat dielakkan, kerana rakyat sekurang-kurangnya memerlukan rumah dan kenderaan. Kedua, jumlah hutang kredit kad yang ditanggung rakyat adalah terlalu tinggi, dianggarkan berjumlah RM200 bilion yang mungkin menunjukkan rakyat menggunakan kredit kad untuk menanggung perbelanjaan harian

Angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik, terutamanya apabila kadar gaji tidak meningkat sekian lama. Nisbah 74% "hutang isi rumah dari KDNK" adalah merunsingkan apabila kerajaan juga terus mengumpulkan hutang negara yang telah melebihi kadar 50% dari KDNK buat pertama kali dalam sejarah. Kadar keberhutangan sebegini bermakna pendapatan boleh belanja rakyat adalah semakin rendah setiap tahun. Kelemahan pemerintah serta rekayasa mereka untuk melindungi maklumat sebegini dari penelitian umum hanyalah memburukkan keadaan. Pastinya reaksi yang akan kita dapat hanya lah dalam bentuk penafian semata-mata tanpa sebarang usaha menyelesaikan masalah.

Justeru, kerajaan Selangor memulakan inisiatif dengan memperkenalkan Enakmen misalnya FOI (freedom of information); Enakmen Kebebasan Maklumat 2010 dan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan(SELCAT).

Pembangunan semula pemikiran Islam Melayu pada abad ini tidaklah boleh menafikan peranan kaum hawa baik di bidang ekonomi mahupun pendidikan. Laporan khas September 2009, Harvard Business Review menyebut kekuatan ekonomi kaum hawa seluruh dunia adalah lebih besar dari gabungan pasaran negara India dan China. Jurnal tersebut menganggarkan pada tahun pada tahun 2014, pendapatan kaum hawa seluruh dunia berjumlah USD 14 trillion, sedangkan gabungan Keluaran Dalam Negeri Kasar(GDP) China dan India hanya berjumlah USD 10.4 trillion pada tahun yang sama.

Kekuatan ekonomi sebegini pastinya tidaklah hadir sekelip mata. Ianya bertunjangkan kemampuan kaum hawa untuk bersaing di sektor awam mahupun swasta. Ini bermakna pendidikan merupakan sebab utama kekuatan ekonomi serta pendapatan kaum hawa. Berbekalkan pendidikan, kaum hawa kini mengorak langkah dan malah menguasai beberapa bidang tertentu. Pastinya kita sudah mendengar nama seperti Indra Noonyi yang kini merupakan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Syarikat Pepsi dan Arianna Huffington, pengasas Huffington Post, laman web berita yang mencabar pemikiran media lama seluruh dunia.

Wanita Muslim juga tidak ketinggalan mengorak langkah berani dan memimpin institusi yang dahulunya sinonim dengan kaum adam. Saya menyebut beberapa nama seumpama Dr Zeti Akhtar Aziz, kini Gabenor Bank Negara Malaysia dan Shirin Ebadi yang dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2003.

Rantau ini sebenarnya tidaklah asing dengan pemikiran kaum hawa yang mahu maju dan mempersoal sempadan yang dikenakan ke atas mereka. Pada tahun 1911, terbitlah sebuah karya yang berjudul Habis Gelap Terbitlah Terang, satu kumpulan surat yang ditulis oleh seorang wanita bernama Raden Adjeng Kartini.

Akhir sekali, ulamak dan pemikir terkenal Islam dewasa ini Sheikh Taha Jabir al-Alwani mempunya pandangan yang menarik tentang peranan Alam Melayu dewasa ini. Bangsa-bangsa lain telah memainkan peranan dalam sejarah dalam mencipta tamadun Islam. Bangsa Arab, Turki dan Parsi telah mendapat peluang masing-masing. Hanya Alam Melayu belum mempunyai waktunya dalam sejarah untuk mencipta tamadun yang gemilang.

Tetapi setelah berdampingan rapat dengan Kuala Lumpur hampir dua dekad yang lalu beliau berkeyakinan giliran Alam Melayu untuk memainkan peranan kepimpinan untuk dunia Islam sudah tiba. Kebangkitan Asia membuka ruang yang besar bagi Alam Melayu. Kita perlu menggembeling tenaga masyarakat ilmuan untuk membebaskan masyarakat kita dari pelbagai kezaliman. Golongan intelektual kita tidak boleh bersikap masa bodoh atau pasif terhadap penderitaan umat. Edmund Burke berkata " All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing."

Dalam sistem yang bobrok, kejahatan pasti menang lantaran orang yang baik terlalu laih dan longlai serta enggan mencabar "The Forces of Evil." Maka perasuah akan bermaharajalela. Pembebasan umat dari kezaliman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah landasan bagi umat Melayu untuk membangun sumbangan ketamadunan. Inilah masanya kita mencipta sejarah

Tuesday, February 8, 2011

Nurul Izzah: Jejantas apa RM70,422 semeter?

 
Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta.

"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR.

Semalam, ketika perasmian jejantas itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Holdings Sdn Bhd Hashim Wahir dilaporkan berkata, RM10 juta digunakan bagi menyiapkan pembinaan fasa pertama jejantas yang menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana itu.

Jejantas itu, yang dibuka kepada orang ramai pada hari yang sama tertutup dengan lapisan cermin dan dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator bagi kemudahan orang kurang upaya (OKU).

Kemudahan itu dilaporkan sebahagian daripada projek menghubungkan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dengan stesen pengangkutan awam bernilai 12 kilometer yang dijangka siap akhir tahun ini.

Projek yang masuk fasa kedua itu, dilaporkan dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat-syarikat swasta.

Dalam kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata, walaupun gembira dengan kemudahan baru beliau berkata, masih banyak persoalan yang perlu dijawab, terutamanya oleh Menteri wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik (kanan) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

"Berapa sebenarnya angka pembinaan jejantas itu? Ekoran jejantas itu berhawa dingin, berapa kos pengurusan dan operasi dan apakah kosnya akan sentiasa meninggkan ekoran kenaikan harga elektrik?

"Adakah syarikat berkaitan kerajaan(Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, DBKL, and Prasarana) terlibat, adakah projek itu dibuat secara tender terbuka yang mana pilihan yang lebih murah dapat dikenalpasti?" soal Nurul Izzah bertubi-tubi.

Beliau bagaimanapun menegaskan mengalu-alukan pembinaan kemudahan asas untuk pejalan kaki di negara ini ekoran kenaikan harga barang dan petrol, selari dengan gesaan "ubah gaya hidup".

"Akhir sekali, perkara ini juga menguatkan alasan supaya jawatan datuk bandar boleh dipilih supaya beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada (hal ehwal) Kuala Lumpur," tambahnya
 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perlantikan Isa Samad tidak baik untuk pasaran saham

Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

"Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah," katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

"Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda," kata Zainal Aznam.
Menurutnya, pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC.

"Kenapa tidak katakan sahaja ahli politik tidak boleh dilantik, tidak kira parti mana yang diwakili, atau sama ada awak adalah korup?

"Rasuah berkait dengan kuasa, jadi andaian asas adalah (ahli politik) dilabel sebagai korup," katanya sambil menambah pelantikan Isa satu tamparan kepada reputasi baik Felda di kalangan negara-negara membangun.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Umno-BN bebankan rakyat

Buat masa sekarang, Umno BN perlu memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan kenapa ia membebankan rakyat sedemikian rupa selama ini.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, ini termasuk hutang isi rumah, harga rumah dan kereta yang mahal kepada rakyat.

Justeru, pihaknya telah mengkaji gejala kenaikan hutang isi rumah yang ditanggung oleh rakyat sejak kebelakangan ini.

Keadaan ini, katanya merunsingkan kerana punca keberhutangan rakyat adalah pinjaman perumahan dan kenderaan keluarga yang menjadi sebahagian besar dari bayaran pinjaman setiap bulan oleh setiap keluarga di Malaysia.

"Secara langsung, ini mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menaikkan taraf hidup keluarga," ujarnya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan statistik bulan Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010 hutang isi rumah telah mencecah RM577 bilion iaitu bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion adalah pinjaman peribadi dan RM225 bilion adalah pinjaman perumahan.

Ini menimbulkan dua persoalan besar:

Pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang menjadi sebahagian besar hutang rakyat adalah hutang yang tidak dapat dielakkan, kerana rakyat sekurang-kurangnya memerlukan rumah dan kenderaan.

Jumlah hutang kredit kad yang ditanggung rakyat adalah terlalu tinggi, dianggarkan berjumlah RM200 bilion yang mungkin menunjukkan rakyat menggunakan kredit kad untuk menanggung perbelanjaan harian.

"Angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik, terutamanya apabila kadar gaji tidak meningkat sekian lama," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Nisbah 74% "hutang isi rumah kepada KDNK" adalah merunsingkan apabila kerajaan juga terus mengumpulkan hutang negara yang telah melebihi kadar 50% kepada KDNK buat pertama kali dalam sejarah.

Katanya, kadar keberhutangan sebegini bermakna pendapatan boleh belanja rakyat adalah semakin rendah setiap tahun.

Tambahnya, sikap Umno BN dalam menangani masalah harga kereta dan perumahan yang mahal yang dihadapi rakyat adalah bukti ia tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat.

Menurutnya, rintihan rakyat selama ini yang terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan ini langsung tidak diendahkan.

Malah, katanya harga kereta yang mahal adalah disebabkan dasar Umno BN sendiri yang melindungi kepentingan kroni dengan menindas rakyat.

Beliau berkata, walaupun secara rasmi hanya 2 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan melebihi kadar minima untuk dicukai, sebenarnya setiap keluarga di Malaysia dikenakan cukai yang lebih tinggi melalui pelbagai cukai yang dikenakan terhadap pembelian kereta.

Menruutnya lagi, harga kereta di Malaysia menjadi mahal berlipat kali ganda disebabkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

Ini, katanya satu penghinaan kepada rakyat yang terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar cukai, sedangkan kerajaan mengecualikan kenderaan perdagangan dari cukai eksais, bukti bahawa Umno BN selama-lamanya meletakkan kepentingan perniagaan sebagai asas dasarnya.

Tambahnya, harga rumah yang semakin meningkat juga menjadi bebanan kewangan yang tinggi kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan keluarga muda.

Untuk memiliki rumah, ujarnya mereka terpaksa memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman dan menanggung bayaran bulan yang terlalu tinggi berbanding gaji yang diperolehi.

Bagi setiap keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta; menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil.

"Reaksi Umno BN sudah tentu mengecewakan. Mereka lari dari berbicara soal sebenar kenapa rakyat berhutang sebegitu tinggi, sebaliknya Umno BN menggalakkan rakyat memanjang tempoh hutang dan menambah hutang.

"Ini memudahkan rakyat berhutang, tetapi akibat jangka panjang adalah rakyat yang bergelumang dengan bebanan hutang sepanjang masa," katanya.

Oleh itu, kata beliau masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah.

PKR, katanya akan mengadakan beberapa siri rundingan dengan kumpulan pengguna dan pakar untuk mencari dasar yang radikal ini dan menghapuskan dasar Umno BN yang memangsakan rakyat selama ini.

Menurutnya, maklum balas dan kehendak rakyat akan digarapkan di dalam dasar-dasar ekonomi kami yang akan diumumkan secara bersama di Konvensyen Ekonomi Pakatan dalam bulan Mac ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 5, 2011

Mengapa Amizuddin bukan Ahirudin?

Tindakan yang diambil oleh Rais Yatim disini jauh berbeza dengan apa yang telah dilakukannya apabila anaknya dikatakan difitnah telah mendapat tender yang melibatkan projek komunikasi berharga kira-kira RM1Billion.

Sebenarnya, jika kita membaca apa yang telah disiarkan oleh Amizuddin Ahmat didalam blognya iaitu sharpshooterblogger.blogspot.com dibawah tajuk "Hei Pak Menteri.. mana mau lari" kita akan dapati artikel tersebut bukanlah dari tulisan beliau, ianya adalah artikel yang telah disiarkan oleh Harakahdaily sepertimana yang tertera diakhir artikel jadi mengapa Amizuddin yang dikenakan perintah mahkamah itu?

Pada 2 Februari yang lalu Mahkamah Tinggi telah membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.

Permohonan ex-parte bagi menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com. telah dibenarkan oleh Hakim Zabariah Mohd Yusof.

Itu laporan dari The Malaysian Insider, manakala mStar Online pula telah melaporkan

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini mendapat injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan seorang penulis membuang makalah berbaur fitnah terhadap beliau daripada laman blognya.

Ketika membenarkan permohonan Rais itu, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Amizudin Ahmat, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto plaintif (Rais) daripada blognya,sharpshooterblogger.blogspot.com.

Timbul persoalan disini, mengapa Amizuddin bukannya Ahirudin?

Nasihat dari siapa yang telah diterima oleh Rais Yatim ini untuk menyemarakkan kembali isu 'Menteri Rogol Amah' di arena blog, Nampak sedikit kurang cerdik kerana isu ini telah semakin padam tetapi ianya ditimbulkan semula.

Biarpun ada beberapa individu yang mengatakan isu perintah mahkamah yang dikenakan terhadap Amizuddin ini mungkin kerana isu peribadi antara beliau dan Rais Yatim sendiri.

Sebenarnya, jika kita membaca apa yang telah disiarkan oleh Amizuddin Ahmat didalam blognya iaitu sharpshooterblogger.blogspot.com dibawah tajuk " Hei Pak Menteri.. mana mau lari" kita akan dapati artikel tersebut bukanlah dari tulisan beliau, ianya adalah artikel yang telah disiarkan oleh Harakahdaily sepertimana yang tertera diakhir artikel. Tajuknya 'Kes perkosa bermula bila adik mangsa buat aduan'.

Berpandukan sumber didalam artikel tersebut Harakahdaily lah yang sepatutnya menerima perintah mahkamah itu, kerana artikel itu asalnya dari Harakahdaily.

Isu Menteri Rogol Amah ini telah dimulakan oleh blogger Pro-UMNO yang juga pengarang kepada Malay Mail iaitu Datuk Ahirudin Atan menerusi blog miliknya iaitu Rocky Bru.

Tulisnya dalam blog 'Rocky's Bru' itu kononnya WikiLeaks telah mendedahkan bahawa pada sekitar tahun 2007 bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menerima laporan bahawa seorang Menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila rombakan kabinet dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol yang berlaku pada tahun 2007 oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Biarpun sebenarnya tiada pendedahan oleh WikiLeaks mengenai kejadian itu, beberapa hari kemudiannya sebuah lagi Blog Pro-UMNO iaitu BigDogDotCom telah menyokong dakwaan Rocky' Bru dengan menyiarkan pula salinan laporan tentang kejadian menteri rogol amah itu.

BigDogDotCom telah meminta pihak polis menyiasat dokumen yang didedahkannya itu (lihat di SINI)

Manakala sebuah lagi blog Pro-UMNO pula iaitu The Unspinners pula telah mendesak Menteri berkaitan meletak jawatan.

Nama menteri yang didakwa telah merogol amah dalam laporan oleh Migrant Care yang beribu pejabat di Indonesia itu telah dihitamkan atas alasan yang tidak dinyatakan.

Namun begitu nama menteri itu mula tersebar setelah sebuah lagi blog yang menyokong Pakatan Rakyat pula menyiarkan sebuah artikel yang berjudul 'Nah!!... Nama Menteri itu terpapar dalam laporan ini' yang mengandungi keratan dari dokumen asal yang telah dibesarkan, nama menteri yang didakwa merogol amah itu jelas kelihatan bayangnya dalam dokumen yang telah dibesarkan itu.

Dan ianya telah disemarakkan lagi apabila Malaysia Today pula turut menyiarkan artikel dari blog Pro-Pakatan Rakyat itu.

Jika jejaki punca atau pendedahan awal isu ini ianya telah dimulakan oleh blog Pro-UMNO sendiri iaitu 'Rocky's Bru' dan bukannya blog Pro-Pakatan Rakyat sharpshooterblogger.blogspot.com.

Agak menghairankan disini kenapa Amizuddin Ahmat (sharpshooterblogger) yang dikenakan perintah mahkamah bukannya Datuk Ahirudin Atan (Rocky's Bru)?

Tindakan yang diambil oleh Rais Yatim disini jauh berbeza dengan apa yang telah dilakukannya apabila anaknya dikatakan difitnah telah mendapat tender yang melibatkan projek komunikasi berharga kira-kira RM1Billion.

Rais Yatim telah bertindak memfailkan saman terhadap Datuk Ahirudin Atan (Rocky's Bru) kerana telah menyiarkan artikel yang dikatakan fitnah itu..

Dalam isu Menteri Rogol Amah ini pula, Rais Yatim tidak bertindak memfailkan saman terhadap Datuk Ahirudin Atan yang telah memulakan apa yang dikatakan fitnah terhadapnya itu malangnya Amizuddin Ahmat pula yang mendapat perintah mahkamah yang menghalang beliau dari mengeluarkan perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Agak menghairankan bukan??
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 2, 2011

Revolusi Kuasa Rakyat

Oleh Amin Ahmad, dipetik dari Jalan Telawi.com

Beberapa waktu ini dunia mula bercakap tentang revolusi. Saya tidak pasti adakah ini perasaan yang sama ketika kehangatan revolusi dirasakan dunia pada dekad 1950-an dan 1960-an serta 1980-an. Ternampak semacam ada satu desakan baru kepada apa yang disebut pertanggungjawaban kerajaan. Ya, sudah tentu revolusi tidak muncul tiba-tiba tanpa naratifnya yang selalu tidak sunyi daripada kezaliman, kawalan berlebihan, rasuah dan penyelewengan dan rasuah oleh penguasa.

Mungkin kebetulan, saluran Sejarah di Astro memaparkan sejumlah dokumentari berkaitan kepimpinan diktator. Tiga dokumentari yang telah saya tonton melalui saluran itu berkisah tentang kejatuhan Presiden Ferdinand Marcos (the Downfall of a Dictator), Pembunuhan Benigno 'Ninoy' Aquino (the Assassination of Benigno 'Ninoy' Aquino Jr.) dan kenaikan isteri Ninoy, Corazon Aquino ke kerusi Presiden (Cory Aquino: the Housewife Who Led a Revolution).

Ini mengingatkan saya akan kunjungan ke negara Filipina, sekitar setahun lalu. Waktu itu seminar the Asian Renaissance yang dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) dengan tajaan Sasakawa Peace Foundation (SPF) di Manila. Saya dan rakan, Najwan Halimi yang pernah mengikuti program ini di Indonesia sebelumnya telah membuat keputusan untuk melawat negara itu di samping hadir ke beberapa sesi seminar berkenaan. Satu daripada sesi seminar berkenaan diisi oleh mantan Mejar Jeneral tentera Filipina, Jose T. Almonte. Beliau menghadiahkan kami buku My Part in the 1986 People Power Revolution (Peranan saya dalam Revolusi Kuasa Rakyat 1986).

Sehingga kini, kematian Ninoy tidak pernah diketahui daripada arahan siapa. Tentu saja kematiannya selepas ditembak sebaik turun daripada kapal terbangnya adalah satu tragedi yang tidak diharapkan, meski Ninoy sering membayangkannya dalam beberapa perbualan terakhirnya. Tentu saja tuntutan pertanggungjawaban paling mudah dihadapkan kepada Marcos, diktator yang menjadi seteru politik Ninoy.

Daripada dokumentari yang dihasilkan, ternyata usaha mengenal-pasti sumber arahan untuk menembak Ninoy terhenti setakat pengakuan Pedro Martinez, tentera yang pernah dihukum penjara seumur hidup bersama belasan yang lain kerana didakwa gagal melindungi Ninoy. Beliau dikesan menangis dan bercakap sendirian semasa berada dalam tahanan oleh paderi Monsignor Oleguer yang ditugaskan pihak gereja untuk cuba mendapatkan maklumat ini melalui sesi-sesi kerohanian di penjara. "Tangisan Martinez adalah 'suara hati' yang inginkan pendengar bagi meredakan beban 'dosa' tertanggung olehnya" kata Oleguer. Jelas, memang Ninoy telah dibunuh melalui satu arahan khas pihak tertentu.

Sebagaimana yang berlaku kini, Revolusi Kuasa Rakyat di Filipina telah merebak ke beberapa negara lain seperti China, Korea, Burma, Hungary, Bulgaria, Romania, Chile dan Afrika. Juga dikatakan, gelombang kuasa rakyat yang tersebar ini jugalah yang turut mendorong keruntuhan Tembok Berlin dan kejatuhan Kesatuan Soviet tidak lama selepas itu.

Apa yang menarik dan terus membuatkan saya tertanya ialah hakikat bahawa dalam revolusi kuasa rakyat sejak dulu hingga kini, sentiasa hadir sokongan berterusan terhadap pemimpin menyeleweng dan zalim ini (Ya, tentulah jika hanya mereka yang tinggal, bagaimanakah kezaliman itu dapat dilaksanakan?).

Mereka ini hadir dalam banyak bentuk. Sebahagiannya memang orang kanan bagi pemimpin termasuk mereka yang mendapat keuntungan perniagaan melalui jalan naungan sebegini. Sebahagiannya mungkin rakyat biasa yang mendapat tempias daripada bantuan pemimpin. Mungkin, jika wang negara itu nilainya sampai ratusan billion, mereka terhutang budi dengan bantuan RM100 setahun yang disampaikan oleh jentera yang mengukuhkan pimpinan ini.

Tugas para penyokong ini pula mungkin pelbagai. Dari satu sisi, mereka berdepan secara langsung dengan kelompok yang menolak kepimpinan menyeleweng dan zalim ini. Dari satu sisi lain, mereka ini tampil lebih sederhana. Tugas mereka ialah untuk menunjukkan bahawa belum tentu yang akan menggantikan pemimpin sedia ada ini lebih baik, atau mungkin diberatkan lagi dengan pertimbangan kaum dan agama. Strategi lain yang boleh dipakai ialah untuk mengasingkan terus rakyat daripada kesedaran politik. Politik digambarkan kotor dan sepak terajangnya perit untuk dilalui oleh rakyat, khususnya mereka yang hidupnya sederhana atau sukar.

Bagi yang kaya dan tidak bimbangkan persoalan kewangan, ketakutan ditanam melalui kehilangan atau gangguan terhadap perniagaan atau pekerjaan. Tidak cukup dengan itu, perhatian rakyat dialihkan kepada persoalan lain misalnya penekanan masalah yang lebih kecil tetapi penting seperti jenayah setempat; atau kepada masalah yang nampak besar dan sukar difahami misalnya keganasan antarabangsa, perseteruan dengan pemimpin asing atau berita-berita gembira melalui media yang sentiasa menggambarkan satu sisi – tentunya baik – untuk kerajaan berkuasa.

Ringkasnya, ia memimpin dengan asas ketakutan dan ketaatan tanpa soal. Namun, jalan kediktatoran sentiasa sedar akan elemen yang tidak mengenal, atau sedia untuk melawan persekitaran tersebut. Jalan menanganinya tentulah sikap keras dan anti-demokrasi. Ini juga adalah bahagian penting untuk dilihat sepanjang proses yang membawa kepada protes massa di jalanan.

Revolusi kuasa rakyat (atau mungkin reformasi di Malaysia) tidak sunyi daripada dihakimi sejarah. Sama ada ia gagal atau belum berjaya adalah persoalan yang sentiasa dibincang. Namun, Almonte menjelaskan dengan cukup indah buat saya. Katanya revolusi tidak pernah gagal kerana tidak ada revolusi yang menghancurkan negara. Negara hancur hanya apabila rakyat hilang kesanggupan untuk memastikan ia ditadbir dengan baik melalui prinsip kebebasan dan keadilan.

Beliau meneruskan: "Sebuah revolusi dilancarkan bukan daripada perhitungan prospek kejayaan sebelumnya atau pertanggungjawaban terhadap kegagalannya. Revolusi dilancarkan sebagai maklum balas kepada keharusan moral. Ia dilancar kerana rakyat menilainya sebagai tindakan terakhir yang betul untuk dilakukan. Dalam kata lain, revolusi dilancarkan sebagai pilihan moral. Sama ada ia berjaya atau gagal, ia membenarkan sebuah negara mendapatkan kembali penghormatan diri untuk memperbaharui 'kehidupannya'. Bagaimana sebuah negara melalui 'hidup barunya' bergantung kepada pelajaran yang diambil daripada revolusi dan kesediaan negara mempelajarinya."

Tidak terhad kepada pengalaman Filipina, banyak revolusi kuasa rakyat yang telah berlaku di seluruh dunia boleh dipelahari. Banyak pengalaman telah menunjukkan kerajaan zalim dan menyeleweng hanya diganti oleh sebuah kuasa kerajaan lain yang mengulangi kesilapan sama. Ia bermula dengan harapan besar akan sebuah kuasa kerajaan untuk mengubah nasib rakyat. Sambil ia benar pada tahap tertentu, pesan ahli ekonomi Perancis, Frederic Bastiat yang menyaksikan naik turun banyak kerajaan pasca Revolusi Perancis wajar difikirkan. Kata beliau: "Hampir semua orang mahu hidup dengan biaya kerajaan. Mereka lupa bahawa kerajaan mahu hidup dengan biaya semua orang".

Untuk saya, revolusi kuasa rakyat hanya benar dapat berlaku melalui kebebasan dan keadilan. Ini berlaku apabila setiap rakyat sebagai individu membebaskan diri mereka daripada penggantungan besar kepada kerajaan dengan penegasan bahawa mereka boleh menguruskan diri mereka sendiri dalam banyak keadaan, sebagai individu atau kumpulan masyarakat sivil – sama ada berkaitan politik, ekonomi atau sosial. Kesanggupan rakyat ini dengan sendirinya menuntut peralihan peranan kerajaan dan ini adalah pilihan moral terbaik dengan prinsip yang jelas.

Amin Ahmad, 29 ialah Zamil di Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Program Sambutan Tahun Baru Cina Dato’ Seri Anwar Ibrahimdi Pulau Pinang

4 Februari 2011 (Jumaat)

1) 9.30 – 11.30 Pagi – Sambutan Hari Raya Cina

Anjuran Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang

Lokasi –  Chinese Town Hall, Georgetown, Pulau Pinang

Turut Bersama – YAB Lim Guan Eng dan pimpinan Pakatan Rakyat
Pulau Pinang


2) 1.00 – 2.00 Ptg – Solat Jumaat di Masjid Permatang Janggus, Seberang Jaya


3) 4.30 -5.30 Ptg – Perjumpaan dengan semua aktivis parti di Yayasan Aman


4) 5.30 – 7.00 Ptg – Perjumpaan dengan pimpinan parti semua peringkat
di Yayasan  Aman
Turut di jemput : MPN, MP, ADUN, Ahli Majlis, AJK Cabang, JKKK, AMK,
Wanita, Ahli Qariah dll.)


5) 7.15 – 8.30 Mlm – Solat dan Tazkirah Maghrib di Masjid Kubang Semang


6) 9.00 – 11. 00 Mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi – Dewan Orang ramai Kebun Bunga
Sungai Kecil, Nibong Tebal
Penceramah :
1.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2.      YAB Lim Guan Eng
3.      YB Dato' Mansor Othman
4.      YB Mujahid Yusof

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.