DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

DSAI BERSAMA AMKPP #TAWAN416!

Wednesday, January 19, 2011

Thaipussam Nal Valtukhal

Thaipussam-perayaan Hindu di dalam bulan Thai kalendar Hindu-menjadi perayaan penting buat majoriti masyarakat Hindu di Malaysia. Thaipusam-dengan Thai,nama bulan di dalam kalendar Hindu dan Pusam merujuk kepada bintang tertinggi ketika bulan ini. Thaipusam adalah sebagai tanda di saat Parvati mengurniakan Murugan 'vel' (tombak) bagi menewaskan unsur jahat, Soorapadman.

Soorapadman dalam mitos Hindu merupakan seekor rashaksa, yang memiliki kuasa kehidupan abadi. Dek kerana kuasanya itu,dia membuat onar dengan melakukan kekejaman ke atas manusia lain. Murugan sebagai panglima perang Shiva,menggalas tugas untuk menghapuskan Soorapadman yang durjana. Dengan tombak sakti, Murugan yang mewakili kebaikan telah memusnahkan kejahatan apabila tombak membelah jasad Soorapadman.

Di Pulau Pinang,seperti kebiasaannya, Kuil Nattukottai Chettiar di Jalan Waterfall menjadi tumpuan penganut Hindu untuk meraikan Thaipusam. Warna-warni sambutan ini menambah keunikan ke atas keharmonian masyarakat Pulau Pinang yang plural ini. Atas semangat sambutan Thaipusam, AMK Pulau Pinang mengulang tekad dalam perjuangan anak muda menuntut reformasi dan menegakkan keadilan, menentang segala bentuk kezaliman dan penyelewengan demi anak bangsa Malaysia.

AMK Pulau Pinang mengucapkan Thaipusam Nal Valtukhal kepada seluruh penganut Hindu. Moga Kebaikan akan mengatasi Kejahatan jua!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment